Sunday, June 30, 2013

Kem PLKN Pth Padang Hijau, Kluang

PLKN. Perkataan yg sangat ditakuti oleh seseorang yg berumur 17 tahun. Yeke? Aku tau la sebab aku pernah seventeen. lol . Ok kali ni aku nak share pasal Program Latihan Khidmat Negara. Pandangan umum tentang plkn adalah sesuatu yg membuang masa dan tenaga jiwa2 muda yg baru sahaja berhempas pulas untuk SPM. Dan aku sangat bertuah, sebab dapat join plkn. Ye korang tak salah baca, kenapa aku sanggup cakap macam ni? Haa bace la bebelan aku lepas ni, mesti korang faham nanti.

Jadi aku terpilih untuk menyertai plkn di Kem Plkn PTH Padang Hijau Kluang, Johor, untuk panggilan kumpulan kedua. Dan aku perlu melapor diri pada 1/4/12.


Pemandangan dari pintu masuk kem


Hari pertama sebagai pelatih plkn, penuh dengan pendaftaran, check kesihatan, ambil baju loreng dan macam2 lagilah. termasuk aktiviti membotakkan kepala beramai ramai. sangat memenatkan. Lepas tu setiap pelatih akan diberikan no. id dan dorm serta kompeni. No. id aku adalah A1-17, Dorm A1 dan Kompeni Alpha. Kat sini pelatih lelaki dipanggil wira dan pelatih perempuan dipanggil wirawati. Dan terdapat 4 kompeni aka pasukan iaitu alpha, bravo, charlie dan delta.

"Kem Padang Hijau,Cantekkkkk!!"

tajuk di atas adalah slogan kem aku ni, aku pon rasa kem aku ni cantik, bukan sebab apa tapi kehijauan dia macam dalam slogan tu.



Minggu pertama di PLKN?

2 perkataaan dah cukup untuk menerangkan perasaan aku masa tu. NAK BALIK. tapi nak buat macam mana, sabar je la. Mungkin sebab tak biasa lagi dengan keadaan kat sini. aktiviti kat sini sangat pack bermula 6.30 pagi dan berakhir 11.00 malam. Aku pon mula la kenal rakan2 sedorm aku, ada 30 orang semua sekali. Semua sangat friendly dan baik. Orang menegur dengan baik, mesti kita balas dengan baikkan?




Sekitar pemandangan dorm aku




MANA HENPON AKU OI?

Haa, aku rasa korang tahu kot, handphone akan disimpan oleh jurulatih antara hari isnin hingga jumaat ataupun dikenali sebagai hari bekerja. Biasanya akan dipulangkan pada malam jumaat dan akan diambil semula pada malam ahad. Mula2 memang pelik sikit kehidupan tanpa handphone tapi lama2 korang akan biasa dan akan sedar yang betapa nikmatnya ada handphone. Sayangi Handphone Anda. lol



Camni ni la nikmat dapat handphone hang tau tak!


Rutin Harian di PLKN?

Boleh dikatakan yg aktiviti kat sini agak rutin, maksud aku hampir berulang setiap hari cuma ada sedikit variasi dalam pengisian:

6.30 pagi - Pt pagi: Semua pelatih perlu berbaris dalam barisan di padang kawad sebelum 6.30 pagi (lambat habis la kene lari satu padang). Lagu Negaraku dan Khidmat Negara akan dinyanyikan diikuti bacaan doa dan ikrar. Akhir sekali ketua kompeni akan lapor kekuatan aka bilangan ahli. Kenapa pagi2 dah sibuk nak kira orang? Sebab mungkin ada pelatih yang lari malam semalam. Selain tu untuk tahu ada tak yang sakit. Kadang2 caring jugak diorang ni.

8.30 pagi - 12.00 tengah hari -Kelas Character Building atau pon dikenali sebagai kelas cb. Dengar macam kelas serius tapi sebenarnya macam tadika dewasa. Menyanyi, berlakon, menari dan melukis dengan color magic pen. Aku tak cakap kelas tu takde manfaat tapi... bagi aku bosan. Lepas modul character building ni habis, diganti pulak dengan modul kewarganegaraan.

2.00 petang - 4.30 petang - Tak tetap aktiviti time ni, kadang2 ada kawad, ceramah dari pihak luar ataupun TTS.

5.30 petang - Riadah, peralatan sukan akan disediakan untuk korang bersukan. Dah penat sehari, boleh ke sukan lagi? Boleh.

9.30 malam - 11.00 malam - taklimat hari esok akan disampaikan oleh jurulatih. Dan biasanya jurulatih akan isi masa lapang seterusnya dengan program diorg. Ada yang lebih suka membebel tapi ada juga yang buat karoake. Kadang2 klau ada perlawanan melibatkan JDT, jurulatih akan buka tv. Memandangkan semua kat kem ni orang johor, jadi memang sangat meriah setiap kali ada perlawanan. Jurulatih pon kadang2 lebih over berbanding pelatih bila ada jaringan.


Aktiviti Sepanjang Kem PLKN:

Aku agak kurang bertuah sebab aku banyak balik bercuti untuk temuduga dan terpaksa keluar plkn awal untuk sambung belajar.. jadi banyak juga program yang aku terlepas. Kat sini ada beberapa yang sempat aku join:

Program Pengahayatan Sastera dan Budaya

Anak itik meniti titi
Gaung dibawah dalam menanti
Nila kesuma tampil menghiburkan hati
Salam kami untuk semua di sini

Pantun kat atas tu, antara pantun yang aku buat untuk persembahan. Program dua hari ni akan ada pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka akan ajar korang tentang prosa, pantun.. macam2 la. Dan korang perlu buat persembahan yang juga pertandingan antara kompeni.

TTS ( Tempur Tanpa Senjata)

TTS ni satu seni mempertahankan diri yang digunakan oleh para angkatan tentera kita. Diadaptasi daripada taekwondo. Latihan rutin dia agak berat, sangat berat.. tapi aku tengok wirawati pon boleh, malu la kalau aku tak boleh. 

Pilihanraya Kem

Dalam modul kewarganegaraan, ada satu aktiviti yang dipanggil simulasi piliharaya. Di mana proses pilihanraya akan dibuat dikem, dan betul2 seperti pilihan raya sebenar. Penamaan calon, proses berkempen dan mengundi semua di buat. Pihak spr, polis , calon dan pengundi semua dilantik. Aku? lebih selesa sebagai seorang pegundi haha. Habis satu kem penuh dengan bendera dan logo parti bertanding. Manifesto pilihanraya pulak mengarut2 macam "akan diberikan cuti kalau saya menang" lol. Sayangnya aku tak sempat nak ambil gambar..

Latihan Menembak Colt M16

Salah satu aktiviti yang menarik, pihak ATM akan datang ke kem untuk ajar cara menembak. Excited jugak aku dapat pegang M16 tu. Latihan menembak akan dibuat di lapangan sasar. Setiap pelatih akan dapat 20 biji peluru untuk ditembak.

Macam mana kitorang sambut harijadi?

*Yang dibawah ni adalah catatan yang aku catat dalam buku nota

Birthday boy (8/5/13)

Baiklah skrg hampir jam 11.48 malam, dan sedang menunggu fikri balik ke dorm untuk diserang beramai2 sempena hari jadi beliau. So the plan is to bila dia masuk, tangkap ramai2, balut dengan selimut dan campak dalam kolah (mula2 semua pretend dah tidur), sebelum dikiwikan muka beliau dan dimandikan dengan sabun basuh kain. Setakat ni masih menunggu lagi kepulangan beliau, dan kita tengok nanti macam mana..
Dan ia bermula dengan perubahan rancangan, semua tunggu dalam tandas dan akan ambush dengan baldi yg berisi air. Malangnya cuma sebaldi kene dan dia terus lari. Ada yang mengejar, tapi baik aku tunggu je kat dorm ni, mana lagi dia nak pegi malam2 nikan? tak lama lepas tu para rakan sedorm aku berjaya tangkap dia, simbah dengan air campur daun dan kene angkat campak dlam kolah sebelum dimandikan dengan sabun bejenama breeze, mahal tu. dan ia berakhir dengan nyanyian 'selamat hari jadi'. So ia satu tradisi yang menyeramkan namun sangat bermakna dan seteruk mana pun birthday boy kene, dia tetap akan tersenyum.


Perasaan selepas 2 bulan bergelar pelatih plkn?

Plkn ni sebenarnya 3 bulan tapi khas pada yang akan sambung belajar, macam form 6, matrikulasi dan diploma akan dapat pelepasan 60 hari termasuk akan sendiri.. perasaan time tu seronok ada, sedih pon ada. jadi aku nak share sikit catatan aku time hari yg second last aq plkn.

*aku gelarkan diri aku anda dalam catatan ni

Belerang, peluh, kesyukuran, sahabat dan kenangan (21/5/13) 

Setiap hari memang ade cabaran dan kejutan, pagi anda bermula jam 6.30 pagi dah makan supaya sampai ke lapang sasar pada jam 7.00 pagi. Yup, hari ni adalah latihan menembak colt m16. so target dan detail anda adalah detail 11 target 3. M16?, nampak macam ringan tapi berat  sebenarnya. Dan pengalaman menembak, bunyi bila kita sedang menembak memang kuat, setiap das macam bunyi 5 mercun bola meletup serentak tapi nasib baik penyumbat telinga diberikan. Kene tak tembak? dalam 20 biji peluru semuanya anda tak pasti kene ke tak. Balik dari menembak terus ke pejabat untuk check keputusan mara, hmm alhamdulilah dpat, lepas call mak tadi guna public phone yang cekik darah tu, anda yakin yang mara pilihan terbaik. jadi sekarang anda boleh pilih untuk habiskan plkn atau balik untuk pelepasan awal sebab anda perlu mendaftar di ipts tu september.. soalan tu tergantung sehinggalah malam menjelang.

Dalam bahagian akhir perjumpaan malam, jurulatih panggil semua yang akan balik pelepasan awal untuk ke depan, setiap orang perlu bagi ucapan dan majoritinya sedih. Jadi pesta air mata pon bermula. lol . Lepas tu lagu kehilangan oleh firman dimainkan dan semua salam dan peluk untuk kali terakhir. Sedih jugak bila dormmate aku salam dan cakap, "Nanti dah kaya jangan lupa aku lol" haha. Dan padang hijau clap dan salam kem padang hijau di persembahkan untuk kali yang terakhir. Tapi rupanya drama baru bermula, lepas semua bersurai jam 11.00 malam, ada satu pengumuman supaya semua Alpha stay kat situ. Rupanya apek aka ketua kompeni panggil untuk perjumpaan bagi diorang yang nak balik, ada sesi minta maaf, salam2, peluk dan akhir sekali bergambar. maka satu lagi episod air mata bermula. adoi tak penat ke kaum wanita ni menangis? banyak betul stok air mata diorg.

Sampai kat dorm, sekali lagi apek panggil semua untuk berkumpul (hanya dorm A1) dan dia cerita tentang pengalaman dia dan kenangan. Malam tu sambutan untuk orang nak yg nak balik sudah tentu air dan sabun. Tapi malam ni semua terlibat, memang meriah walaupun dah dekat 1.30 pagi, semua simbah menyimbah termasuk jiran katil anda, Ah Tan, dan jason yang tak suka main air. Mungkin diorang sedar yang tu hari terakhir diorang. Anda pon ada simbah Ah Jit dari A2 walaupun dia langsung takde kene mengena, agak kejam tapi padan muka dia, haha. Atas apa yang berlaku hari ni, anda mula faham tujuan plkn ni, semua orang datang dari macam2 background dan kaum tapi kat sini semua sama, semua botak, susah payah semuanya bersama. Kalau kene denda semua kene denda walaupun cuma slah sorang. Dan akhirnya jalinan persahabatan akan jadi kuat sangat. Yeke? kalau tak kenapa anda rasa macam nak nangis tadi? kenangan, tu la yang tercipta kat sini.


Dan 25/5/12, hari terakhir aku sebagai pelatih plkn, satu dorm hantar aku nak balik, angkatkan barang, serius sangat terharu. Banyak yang aku belajar kat sini dan yang paling penting adalah erti persahabatan. Jadi bagi korang yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada plkn, jangan rasa diri anda malang. Serius!


Kalau anda menangis nak pegi PLKN, anda akan menangis jugak masa nak balik nanti..



Gambar malam terakhir aku kat plkn..


15 comments:

  1. kenangan............

    ReplyDelete
  2. awesome ! =) rindu padang hijau ! =)

    ReplyDelete
  3. wah... terbaik la....
    kem padang hijau.. cantik eaa!!!

    ReplyDelete
  4. bestnya rindu kat padang hijau..rindu kat jurulatih terutamanya rindu kat peltih and jurulatih company delta..mai dari company delta kumpulan 2 siri 11/2014

    ReplyDelete
  5. rindu gler ...kat kem pdg hijau trmasuk komandan,kj,jl,cg, friend dorm/compeny/cb and keadaan sekeliling nyer.....

    ReplyDelete
  6. First batch utk 2015 ni, I'm going to this camp too! You made it sound so interesting! Thank you. Hihi

    ReplyDelete
  7. tandas dia macam mane ek? dia bilik mandi ke? atau yg mandi kolam pastu cedok?? hahaha tolong balas sesiapa~ please T^T nak tau toilet je

    ReplyDelete
  8. Kenangan Batch kum2 siri 11 2014 kumpulan Charlie

    ReplyDelete