Wednesday, March 19, 2014

Misi Matahari Terbit Broga Hill

Assalamualaikum, anda dan anda. aq dapat rasakan blog ni mula nak berhabuk, siapa la agaknya malas nak meng update tu ye. ketika tengah menaip ini, penaip sedang berada di rumah, menaip laptop kecik ni dihadapan tingkap yg terbuka sebelah, jelas kelihatan baju2 tergantung di luar sambil angin kipas mendayu memukul pipi, maklum la kipas dinding, direct hit katanya. Ok haha mengarut. Ini hari ke 8 cuti semester untuk Ktj selepas menlalui final exam yang getir akibat kemalasan, mohon itu dijadikan pengajaran ye T.T
 
Dua tiga minggu lepas, ada yg mengajak, "wei nanti habis final jom p Bukit Broga". Sesuatu yg amat menarik, ye la aq pon tak pernah pegi. Mungkin sebelum cuti semester yang panjang tu kan, dapat panjat bukit ramai2 dgn geng ktj best jugak. Tapi tujuan utamanya nak menyambut mereka yang akan ke negara matahari terbit bulan march ni, nak membina secebis kenangan manis bersama katanya, hmm.

Game Plan

Rancangan asl misi ni ialah malam jumaat kita makan steambot dulu, lepas habis makan dalam 12 tghmalam, kita lepak2 sampai pukul 3 pagi lepas tu kita gerak ke broga, so ngam ngam je sampai broga panjat cepat2 dan dapat tgk matahari terbit dekat puncak broga. menarik dan mudah.

Perjalanan


 Detik2 mengcemaskan ni

Untuk ke sana, kereta sewa yg dipandu oleh antara kami yg mempunyai lesen memandu dan ada keberanian untuk membawa kereta menjadi pilihan. Jiwa yang muda serta tak tau jalan maka tersesat atau hampir mengakibatkan kemalangan tak dapat di elakkan. Tapi nak buat macam mana, pengalaman harus di timba dan itu lah pengalaman yang baik untuk kami semua kan.

 
 
Tiba di Restoran Pak Usu, aq ingat makan2 ni kita boleh bergurau senda sambil makan makanan yang enak, cara yang baik untuk erat kan lagi persaudaraan.

tapi

Di sebabkan ramai yg sampai lambat dan mungkin lapar, semua yg sampai terus ambil, masak dan makan steambot tu. Hidangan Bufey so mesti makan banyak2. Tiada sesi perbualan sebaliknye hanya terdengar bunyi mee disedut. anda tahu bunyinya macam mana. Termasuk penaip sendiri. Semua fokus makan cuma bila ade cakap "wei tgk sini nak amek gambar" Semua stop kejap, buat pose, senyum dan lepas tu sambung balik makan haha.
 
 
Fokus sampai amek gambar pon tak perasaan haha
 
 Tapi makanan memang mantap dan sedap. Berbaloi dengan jumlah yang di bayar.

Ada beberapa jam sebelum pukul 3 pagi, so masa di luangkan dengan pegi midvalley. hampir 40 orang di dlam sebuah pasar raya mega yang kosong, dan apalagi, seperti kami yang punya. Berlari sana dan sini. tiada sapa peduli sehinggalah kelihatan abang pak guard merenung kami dengan muka garang di tambah takut. Barulah kami behave sikit.
 
Di tghmalam tu panggung wayang, arcade dan karaoke masih di buka, tapi pusing punya pusing yg jumpa cuma arcade, pon boleh.

 
Bersama Presiden JETSS ketika beliau sedang memandu

2.30 pagi, semua berkumpul balik sebelum mula bergerak ke bukit broga, kalau ikut GPS, Jangka masa perjalanan dlam 1jam+ , cukup untuk sampai ke sana dlam pukul 3 lebih. Tapi seperti yang dinyatakan di atas, semua baru setahun jagung memandu, kesesatan dan sebagainya akhir pukul 4 lebih baru lah tiba. Semua mula mengira, sempat tak nak panjat sampai puncak ni.
 
 
 Hanya gambar lampu kereta berjaya di ambil hmm

Bacaan Doa dan sedikit penerangan untuk memanjat diberikan sebelum semua mula memanjat lebih kurang 4.30 pagi. Oh, asalnya cuma lelaki je yg pegi bende ni, sesetengah memberi pendapat, bahaya bawak anak dara orang tgh2 malam. Betul2, bahaya tapi ada juga yg wanita2 berani yg sukakan cabaran yg join atas nak pegi sendiri. Abaikan semua tu dan jom terus mendaki.
 
 Dengar cita ada 3 level bukit broga ni, semakin tinggi semakin curam dan sukar untuk di daki. awal pendakian ada 2 benda yg tk dijangka, pertama jalan mungkin tak terlalu gelap, cahaya bulan akan menyuluh, dah pukul 4 pagi kot tapi ternyata, jalan sangat gelap dan ada gauag kecil kecilan yg sakit jugak klau jatuh. Nasib baik ada torchlight dari phone, kalau tak.. . Kedua masa nak panjat ni mesti jalan sunyi, sebab dengar2 tempat tu bukan kawasan pelancongan yg  di jaga, cuma bukit dan alam semulajadi, sebab tu tak payah bayar tiket. Tapi sebenarnya ramai yg dari kumpulan lain memanjat, lelaki atau perempuan, ramai giler dan dari gaya mereka mungkin pelajar universiti, seperti kami.

Keadaan yang gelap, bukit batu kapur yang berpasir. Ada cerun yg cukup curam dan bahaya untuk di panjat, jatuh dan fatal injury menanti. pakej yang cukup bahaya, tapi perlahan2 kami cuba jugak panjat, alang2 menyuluk pekasam katanya. Tapi dalam penat dan hati2 tu , Kiri dan kanan, pemandangan tersergam indah, cahaya lampu bandar kecil berkelip2. buat hati berazam hendak ke puncak.
 
 

Dan lepas 1 jam lebih mendaki, sampai pon puncak. Time tu lebih kurang 5.40 pagi. Ramai yang dah sampai, dan ada dekat atas. Mungkin bahaya dan cabaran untuk ke atas tu buat aq rasa mesti takde pompuan yg bole naik sampai sini tapi ada jugak, lasak rupanya diorg ni haha. Apa yg ada dekat atas tu? Ermm takde pape? . Sampai aq join geng ktj lain yg baring dekat atas puncak tu, baru aq perasaan, langit penuh bintang, keadaan nyaman pulak tu, best feeling ever, hilang sat kepenatan memanjat.

Matahari!


Disebabkan kesuntukan masa, so kitorang perlu turun awal, tapi sempat jugak tengok matahari naik. Bila ia mula menerangi, baru aq perasaan struktur bukit broga ni, sebenarnye dia ada 3 bukit, bukit ke 3 yang paling tinggi, mungkin sebab tu diorang cakap ada 3 level. Cahaya tu jugak buat kehijauan terserlah, kita kat tengah hutan rupanya haha. Matahari yang segan2 naik tu pon buat aq tersedar, subuh nak habis dah wei!
 
 
Kerlipan kerlipan~

 
Ini bukit yang 1st, tgk ramai orang buat po kat atas tu

 
Ni curamnye, kalau buat gelongsor memang sesuai

Mungkin sesetengah rasa, takkan kat tgh bukit nk solat, tergolek camne, kita turun dulu. Tapi Solat ni satu kewajipan, sebagai contoh, panjat bukit takyah pakai kasut la, dan terserlah ia satu tindakkan yg kurang sihat. Di mana juga kita berada, kewajipan harus ditunaikan. Mungkin ada yg melihat dgn rasa “nak menunjuk la tu” tapi yang penting niat kita tu sendirikan. Apepon solat di atas bukit satu pengalaman baru, dan aq harap aq ade kekuatan dan keberanian macam ni kalau aq kat sana nanti ...

Dalam gelap, satu gambar pon tak dapat diambil, bukan tak boleh tapi tak dapat gambar yg kita hajatkan tu, semua gelap gelita, sampai la pagi bila ada matahari dengan cahayanya. Tu jugak sebab takde gambar dalam post ni waktu malam sebab semua gelap la haha. Begitu jugak hati kita, dalam gelap mungkin akan terus sesat, sehingga la datang cahaya sebagai petunjuk, bila ia datang kejarlah, baru kita nampak ape itu iman dan bagaimana ia menyinari hidup kita.

Penat wei panjat!
 
Ape yg aq boleh konklusikan, bukit broga ni mudah dipanjat dalam kalau korang dalam kumpulan, sesetengah halangan memerlukan kerjasama untuk dilepasi, dan dlam gelap tu macam2 boleh jadi, kalau dlam kumpulan, sekurang2nya ada yang tau kalau anda tergolek, mungkin akan diketawakan haha. Dan lebih bersedia untuk memanjat, paling penting bawa lampu picit, pakai kasut dan seluar trek. Seluar yg ketat mungkin akan membunuh walau style tu penting.

Pengalaman sepanjang malam tu sangat berbaloi bagi aq, tak membuang masa atau duit sebaliknya cara paling baik untuk erat kan persaudaraan kitorang, pada Wan Najmi, Arep serta Syahmi, selamat berjaya di negara matahari terbit, misi anda belum selesai, Insyaallah kita boleh buat reunion kt Jepun nanti, tapi tu cite tahun depan la kan haha.

Hmm malam yang kami memanjat bukit broga tu juga, pesawat Malaysia Airlines, MH370 hilang. Tu kuasa Allah, tu je aq boleh komen tapi aq harap you will back in one piece :)



Memanjat Bukit dgn perut yg kenyang:

BERJAYA!


Muka tak tido tapi puas :D

No comments:

Post a Comment