"Wei esok dah Monkasho"
Hati mungkin bercampur baur, takut, cuak, gembira. Mungkin kerana hanya 3 hari ni, dgn mengisi beberapa kertas dalam masa beberapa jam akan menentukan masa depan, harapan dan impian.
Hari2 tu terus berlalu sehari demi sehari, sehelai demi sehelai diharungi dan Alhamdulilah akhirnya gembira. Tak perlu tinggalkan sesiapa. Betapa cerah hari tu.
Habis kertas akhir dalam Monkasho exam, semua gembira, semua pass la kot
~The End~
Tapi... ada extra episod mungkin? Haha, hari ni hari ke 23 sejak monkasho berakhir. Hampir 2 tahun di Intec tapi memang 2 tahun tu hanya banyak di kelas, hadapan buku atau memeluk bantal. Untuk bercerita secara adil aktiviti cam speech contest ke drama ke tapi bersukan, eksperimen, lawatan sambil belajar hanya mimpi tak kesampaian.
Tapi... ada extra episod mungkin? Haha, hari ni hari ke 23 sejak monkasho berakhir. Hampir 2 tahun di Intec tapi memang 2 tahun tu hanya banyak di kelas, hadapan buku atau memeluk bantal. Untuk bercerita secara adil aktiviti cam speech contest ke drama ke tapi bersukan, eksperimen, lawatan sambil belajar hanya mimpi tak kesampaian.
Habis exam besar, selepas melalui tekanan besar, usaha yg besar dan Alhamdulilah kejayaan yg besar, cuti paling diperlukan.
Tapi cuti bukan pilihan..
cuma kemahuan (cuti sendiri)
Maka bermula intensive course selama 4 minggu sebelum sostugyou shiki (Majlis penutup)
Berkisah hati dengan komputer
Minggu awal bermula dengan kelas programming, Manabu sensei dari Kumamoto kousen datang dan mengajar asas programming selama 5 hari, sedikit tentang Microsoft excel dan kemudian c language.
#include <stdio.h>
int main(void)
{ printf(" * \n");
printf(" *** \n");
printf("*****\n");
printf(" *** \n");
printf(" * \n");
return(0); }
Ni basic kot, maaf kalau korang dah pro tengok benda ni tergelak je, tapi ni je yang aku ingat lagi haha
Banyak sebenarnya yg kita rasa kita tahu tapi sebenarnya tak tahu langsung, contoh dalam kes belajar excel ni, zaman kecik2 dulu pelik tengok banyak sangat kotak haha. Kelas ni secara peribadi buat aku rasa science computer sebagai kurang menarik.. seharian depan komputer, cuba memanupulasi bahasa untuk bagi arahan pada komputer dan komputer apply arahan tu. Mungkin sebab aku suka benda yg lebih physical kot.Ke Bangi ke kita
Tiba2 ada geng Bangi mengajak untuk berjalan2 sekitar selangor, sempat melepak di rumah Choi (Hakim) yg tersergam indah (serius)
Penat betul berjalan ni
Mengenali Malaysia
Bila seruan kelas kembali, bermula waktu preparation untuk presentation Malaysia shoukai (Introduce Malaysia) secara berkumpulan dan bermusuhan, merebut untuk jadi wakil kelas. Walaupun berbunyi pelik (orang Malaysia perlu introduce pasal Malaysia pada orang Malaysia lain) tapi tujuannya untuk para pelajar KTJ06 yg bakal ke Jepun, sebab diorang (saya) perlu buat presentation ni dekat sana nanti (Adoi) .
Logik, Math, Hamper
Selepas tu berselit Quiz Math, pertandingan antara kelas merebut hadiah berupa hamper yg ada gula2. Sengit sebab antara kelas Niji, Sora, Tsuki mahupun Tsubasa kerana masing2 mempunyai ramai tensai (genius)
memang semua sedang memerah otak, terbukti dengan jumlah tangan yg di kepala
Ketakutan untuk bersuara
Kemudian kita ada pertandingan speech contest. Berkisar tentang speech yg memerlukan keyakinan, cepat berfikir dan petah berkata membuatkan ramai jatuh dalam kancah kemalasan, skip kelas berjemaah.. maaf Sensei sekalian dari kami (saya) yang tak datang hari tu..
Petang tu pula ke TV Al-Hijrah untuk rakaman program Cinta Ilmu dan aku tak join lol
Bukan selalu dapat masuk tv kan
Undoukai
Sukan! ya, aktiviti yang memerlukan badan bergerak mencapai kemenangan sebab tu nama event ni 運動会 , gabungan antara kelas junior dan senior untuk bersama2 bersukan.
Entah macam mana, kami (wakil kelas Niji) perlu bertanding untuk pertandingan antara kelas dalam Malaysia Shoukai Presentation. Lagi bertambah pelik bila menang (serius tak sangka). Orang kata rezeki jangan ditolak, inikan pula hamper.
Salah seorang geng Fukui, pandai masak orangnya
Kita (aku la kot) perasan macam dah tahu sangat pasal budaya dekat yg ada dekat Malaysia ini tapi sebenarnya masih banyak yang tak tahu, sekadar tahu angpao sebagai ganti duit raya diwaktu tahun baru cina lalu mengaku sebagai rakyat Malaysia haha.
Origami!
sesuatu yang melibatkan kertas yang perlu dilipat, dan ia tetap skill yang menarik untuk dipelajari, dapat la nanti showoff sikit depan anak kan
Encik katak bersama mak cik2 bangau melepak diatas karpet berbunga bunga
Sukaneka
program gantian untuk lawatan sambil belajar yang tak dapat diteruskan, tapi tetap seronok, kadang2 perlu kurang serius, main sesuatu remeh temeh sekadar untuk gembira, tak penat ke menang selalu haha
Tsuika! (tembikai)
Bulatan gembira
Untuk pelajar islam, mungkin ilmu dunia versi Jepun dah cukup (InshaAllah) tapi ilmu ketuhanan mungkin ada berlubang sikit di sana sini.. So itulah salah satu keperluan aktiviti mcm ni.
Minggu terakhir di Intec
料理 (Masakan)
Mungkin antara aktiviti yg paling dinanti semua, kelas memasak haha. Salah satu yg sedih bila bercerita tentang nak belajar di negara orang sudah tentu makanan, 20 tahun hidup dgn roti canai, nasi goreng ayam mahupun milo ais tabur mesti terindu jugak2 benda2 macam ni. Jadi takde pilihan lain selain masak sendiri. Jadi macam kami (Aku) yang tak pandai masak ni, kelas ni paling dinanti, selain makanan tu sendiri untuk dimakan.
Geng kuih ketayap
Tekun memasak tomyam
Setiap kumpulan diberi satu masakan untuk diorang hasilkan sendiri, semestinya dengan sedikit sentuhan Google dan bantuan nasihat Mak di rumah.
Membakar ayam ditepi pantai
Malam tu bergerak pula ke Port Dickson, katanya untuk berBBQ di tepi pantai, mulanya kedengaran terlalu sembang (acah2 je) tapi akhirnya menjadi, pantai di PD memang bersih, suatu yg menarik untuk berkunjung ke sana terutama dgn kawan.
"Hancurkan semua bangunan yg ada sampai kita boleh nampak garisan ufuk"
"Pegi pantai je la bos, sama je"
Team bakar ayam
tapi serius satu pengalaman yang baik, pemandangan yang baik serta udara yang baik. Cukup untuk buat kita lupa asap, kepanasan ruang bandar.
Dan akhirnya event terakhir
卒業式 (Graduation Ceremony)
Majlis untuk meraikan kami, KTJ06 yang Alhamdulilah berjaya habiskan program di Intec dengan jayanya (pass exam). Majlis ni cam kira penanda pada kejayaan untuk semua pelajar dan sensei juga tanda akhirnya kisah KTJ06 di Intec, dan seterusnya jauh di nun Jepun sana.
Testing the mic
Ada yang berpeluang untuk bawa ahli keluarga diorang ke majlis tu. Kalau kita jadi berkira, kedekut sangat, sesuatu mesti di balas dengan sesuatu. Tapi dalam kes balas jasa ibubapa salah satu yang hampir sama nilai untuk semua pergorbanan tu mungkin hanya dengan dapat tengok anaknya ambil sekeping fail dari seorang yg berjawatan besar di atas pentas, kemudian anaknya tersenyum memandang kamera. Secara logik aksi tu cuma kurang 5 minit tapi entah berbaloi bagi ibubapa yg dah jaga anak dia 20 tahun hmm.
Bagi aku ia cukup bermakna, dengan persembahan semua, makanan...
Mungkin berbaloi jugak susah payah 2 tahun bila berakhir dengan majlis macam tu haha
Ok ada lagi
F.U.H dan Pahang?
Tidak berniat untuk mengkritik tajuk di atas haha. F.U.H adalah singkatan untuk Fly Up High, program untuk para pelajar yg bakal ke Jepun oleh AMIR, sebuah NGO kat Malaysia ni. Program bersifat ilmiah dan perkongsian pengalaman dari abang senior yg dah lama belajar kat sana.
Program di Universiti Malaya, AAJ
selesai berprogram bergerak ke pahang untuk tengok perlawanan bolasepak antara Selangor dan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Aku ni nak kata peminat bola sepak boleh la jugak tapi boleh la sikit2. Sekali sekala patut juga rasa suasana stadium, tengok camna Ultras negeri ni bersorak untuk team diorang. Menariknya, 70% dari sepanjang perlawanan diorang akan ber'Chanting' sambil mengibar bendera negeri, penat kot, dah la jalan jauh dari negeri sendiri ke stadium di negeri lain
Pakai jersi Malaysia, kekal natural, pihak berkecuali
Stadium yg hampir fullhouse, abang2 polis dan asap rokok(flare sebenarnya haha)
Ada yang berkata, bolasepak macam tu boleh pupuk semangat kenegerian, mula benci orang negeri lain, jadi pentaksub pula. Tapi bagi aku tak salah, bergaduh sekalipun bila Harimau Malaya beraksi mewakili Malaysia diorang masih di bawah satu semangat yg sama. Mungkin perlu lebih sangka baik untuk maju?
Apapun aku rasa tengok dekat tv lagi best, boleh tengok dari banyak angle, lebih jelas, dibawah kipas.
Sebelum terowong di Lebuhraya Pantai Timur ke Karak
Sempat juga bermalam di rumah nenek ridhwan dan rumah Nawi, pelajar paling popular dalam KTJ06. Terima kasih..
Biro Tatanegara (BTN)
Sebelum ni cuma pernah dengar2 je, sebelum fly mesti kena pegi BTN ni. Ada juga ura2 berkata program ni doctrination pada pelajar ke arah kanan. Tapi pengalaman aku sendiri lalui program 5 hari 4 malam di Kem BTN Klia ni, ia lebih bersifat memberi pemahaman, fakta dari segi sejarah camna Tanah Melayu dan Malaysia boleh terbentuk.
Politik lebih dari sekadar isu itu dan ini, harga barang naik di sana dan harga minyak turun di sini, tapi keharmonian, bila seorang melayu boleh duduk sama2 dengan seorang berbangsa cina bergurau. Juga Pak Cik Abu membeli surat khabar di kedai Ah Tan lalu Ah Tan pergi ke kedai Muthu untuk memotong rambut.
Kaum yang berlainan boleh hidup bersama lebih 50 tahun.. sesuatu yang boleh dibanggakan bila cukup sekadar melihat ke negara di sekeliling kita, bergaduh dan merusuh. Keharmonian tu la kita kena pelihara.
Tapi jangan jadi pak turut, ikut je cakap satu pihak. Sebaiknya dengarlah semua pihak punya suara, cerita hidup kita berlainan dalam situasi yang berbeza. Boleh terpacu ke satu arah akibat tekanan..
BTN tak membentuk cara kita berfikir, cuma ada fakta yang kita perlu ada untuk berfikir. Selebihnya hak kita untuk menilai dan mentafsir di mana yang betul, salah.
Pre Departure
Ok yang ni betul2 last, satu majlis yg diadakan oleh JPA untuk bagi penerangan dan bekalan kewangan untuk para pelajar yang akan ke Jepun. Dari program AAJ, IBT dan semestinya KTJ disekalikan untuk sama2 menerima taklimat dan wang tunai..
Cemara
Intec dan kolej cemara sinonim yg hampir sama. Jadi 2 tahun banyak dilaburkan dekat situ. pernah sekali dua blackout, sebulan kena catuan air atau berbulan pintu rosak tak boleh kunci. Tapi kat situlah tempat berhempas pulas, bergembira atau sekadar tidur di katil yang mungkin patah.
Gembira mungkin dengan duit di sisi haha
Cemara
Abang Radi dan rakan2 baru pulang dari BTN
Intec dan kolej cemara sinonim yg hampir sama. Jadi 2 tahun banyak dilaburkan dekat situ. pernah sekali dua blackout, sebulan kena catuan air atau berbulan pintu rosak tak boleh kunci. Tapi kat situlah tempat berhempas pulas, bergembira atau sekadar tidur di katil yang mungkin patah.
Tak selalu langit biru..
meja dan gitar dan bantal
Mana ekor beliau?
Kalau ikut peraturan cemara sebenarnya tak boleh bela kucing ni, tapi atas dasar kehaiwanan (kemanusiaan versi haiwan), kitorang benarkan dia menumpang. Suatu hari bila tengok sekor anak kucing mengigil, berbau longkang dengan air muka yg kesian, kertas cadangan dibuka dan semua setuju nak sama2 jaga. Akhirnya berbulan berlalu, dari kecik sampai la besar.
Tapi akhirnya terpaksa ditinggalkan di cemara, nasib ada junior nak sambung bela
Suatu pagi, entah bila
Sedikit dari hati..
Aku sendiri terkejut sebenarnya, banyak jugak aktiviti berlalu dan lalu lepas exam hari tu. Penat nak tulis semua..
Tapi itu salah sendiri, nak sangat tulis semua, entah ada ke tak orang baca panjang2 ni haha. Tapi terima kasih untuk anda yang dah sampai ke sini membaca.. Kita (Aku) mudah lupa, sebab tu mungkin kalau tulis semua ni sementara masih ingat akan beri makna untuk suatu masa nanti kan..
Masa terlalu cepat sebenarnya, dari hari pertama isi borang bilik cemara, berktm, berjemaah makan di mamak setiap malam , berfutsal sekali sekala dan selebihnya struggle di atas meja sendiri, merenung jadual esok, berharap2 hari cepat berlalu..
Sedar2 dah habis semua tu, tinggal menunggu masa untuk flight ke sana nanti, masing2 akan berpecah ke tempat masing2..
Pecahan ke kosen masing2 serata Jepun
Dan ni memang episod terakhir untuk KTJ06, maksud aku episod di Malaysia, seterusnya InshaAllah di bumi sakura sana.
Satu yang perlu dibanggakan, ramai (ada la kot sorang dua atau aku sendiri sebenarnya haha) rasa yg kami (KTJ06) cukup baik ukhwahnya, serba serbi macam keluarga. Sebab akhirnya kita sendiri yg letakkan diri kita sebahagian dari keluarga tu atau tak..
Semoga setiap dari kami akan dapat hadapi segala cabaran yang akan dihadapi disana nanti, berjaya habiskan misi kami disana dan kembali sebagai seorang manusia yg berjaya, dunia dan akhirat, inshaAllah. Jika bukan sebagai seorang jurutera sekalipun cukup lah sebagai seorang suami, eh
色々なことを皆さが教えてくれて、本当にありがとうございます、ぜひ日本でまた会いしましょう!
#ktj06allfly
aku ada ke tak dalam gambar ni hmm
pictures credit by putri (sorry weh amek tak bagi tau pun hahaha)
No comments:
Post a Comment