Monday, April 27, 2015

Langkah Pertama


ようこそ春へ

Ok konbawa atau selamat petang. Alhamdulilah hampir 3 minggu sejak pertama kali menjejak kaki di bumi Jepun. Bumi yang terkenal dengan budaya dan teknologinya. Mungkin juga terkenal dengan sushi atau tandas yang bersih. Jika anda sedikit otaku mungkin Hatsune Miku atau AKB48 yg anda fikirkan.


Lega dapat pijak tanah balik lepas 7 jam dalam flight, 2/4/15 8.00am Narita Airport, Japan


Dari KLIA ke Narita Airport kemudian dengan train ke tokyo eki dan kemudian dengan bullet train tukar lagi dengan special express ke Sabae eki, akhirnya ke Fukui Kousen.


Pintu depan Fukui Kousen

Kousen ni macam sekolah tinggi tapi specialize ke arah engineering, salah satu langkah Jepun untuk lahirkan ramai pekerja mahir seiring dengan kemajuan teknologi diorang. Ada banyak kousen di serata jepun. Dan disebabkan kousen yang aku masuk ini berada di Fukui Ken jadi bergelar Fukui kousen atau 福井工業高校専門学校. Dalam bidang Mechanical Engineering dan insyaAllah akan gradute 3 tahun lagi, kemudian 2 tahun lagi di universiti untuk ijazah.

Lepas Spm aku cuba apply biasiswa under JPA dan lepas tu di INTEC untuk program persediaan selama 2 tahun. Digelar KTJ atau Kumpulan Teknikal Jepun dan aku dari batch KTJ06.

Aku sendiri tak pernah mimpi sebenarnya nak jejak kaki dekat Jepun, terlalu mustahil untuk pelajar sekolah menengah harian biasa. Tapi dengan izin tuhan selangkah demi selangkah Dia susun sampai ke sini.




First Impression

"Indah khabar dari rupa" - peribahasa melayu yang bagi aku tak termasuk dalam kamus jepun.

Persekitaraan yang bersih, sungai yang jernih mengalir disebelah kilang dan train yang tepat pada masa. Semuanya betul. Mungkin juga masyarakat yang sopan dan menghormati orang lain. Sesuatu yang terbalik dari bumi sendiri.


Sekitar bandar Sabae dari Nishiyama Gyouen


Cuma pemikiran terlalu terbuka sampai tak ada had, bagus tapi bahaya. dengan kata lain yang kurang cuma agama.




Makanan



tenjuu dan soba


Dari segi citarasa mungkin sangat berbeza, makanan disini lebih tawar dan kurang berperisa berbanding Malaysia. Selain tu perlu berhati2 dengan makanan, kalau nak beli apa2 baik check dulu kandungan dia ade ke tak babi. Tapi tak bermakna semua benda tak boleh makan kat Jepun ni contoh sushi yang dari ikan. Nak tak nak akhirnya kena masak sendiri senang dan murah haha.



Islam


Masjid Fukui di Fukui shi


Masih asing perkataan tersebut disini. Kalau anda bakal2 ke luar negara, bersedia la dengan ilmu bila orang Jepun tanya tentang Islam, contohnya kenapa perempuan pakai tudung, kenapa tak boleh makan babi, kenapa perlu solat 5 kali sehari. Jangan jadi macam aku blur nak jawab apa haha. Waktu solat pun agak berbeza disebabkan siang malam yang berubah jangka masa mengikut musim. Bila di musim sejuk ambil wuduk boleh buat anda terketar2 kesejukan haha. Semua tu cabaran bukan halangan. Kewajiban bukan pilihan. Peringatan untuk diri sendiri yang masih lemah dan leka.

Masih mentah lagi kat sini, tak jauh lagi berjalan, tak banyak yang aku boleh tulis, tulis tanpa pengalaman, macam fitnah jekan. mungkin bahasa jepun masih sangat lemah, berkomunisasi satu yang susah tapi hentam je la apa yang tahu, asal diorang faham sudah haha. Dalam kelas mungkin akan blur terus sensei cakap apa sejam tak faham atau buka buku teks dan tak boleh baca langsung. Tapi itulah yang perlu dihadapi hari demi hari.

The begining is always the hardest part

Mungkin dah sedikit terasa sunyi, jauh dari rumah dan kedai2 makan Malaysia. Betul, memang seronok dapat peluang melihat tempat orang. "Untung la dapat belajar oversea" ayat biasa yang didengar. Budaya dan pemikiran yang berbeza buat kita rasa ada yang perlu diperbaiki, dapat keluar dari zon selesa. Juga pemandangan yang indah, masih hijau dan terjaga kalau di Fukui ken ni. Tapi bila datang sebagai seorang pelajar semua tu cuma bonus, selebihnya perlu belajar kerana tuhan.


君は一人じゃ無い 
(kimi wa hitori jaa nai)

You're not alone

cause
.
.
.
.

I'm taking your picture

lawak hambar, terima kasih untuk pelakon dalam gambar lol






6 comments:

  1. Hi may I have your email? Wanna ask a few questions. 😊

    ReplyDelete
  2. Congrats! Nampak blog ni. Anak saya pun program KTJ juga. KTJ08. Baru masuk tahun ni. All the best dik...kosen area mana ni?

    ReplyDelete
  3. Congrats! Nampak blog ni. Anak saya pun program KTJ juga. KTJ08. Baru masuk tahun ni. All the best dik...kosen area mana ni?

    ReplyDelete
  4. What is your spm result.. *sekadar bertanya

    ReplyDelete
  5. What is your spm result.. *sekadar bertanya

    ReplyDelete