Wednesday, September 4, 2013

Tanpa Air

Dah Cerah.

Tangan di panjangkan untuk matikan alarm phone yang cukup annoying menyanyi untuk kejutkan aq, thanks awk, esk kejut lagi ea? Muahhh lol. Terpampang dgn jelas jam dah kol 10 dlam phone aq tu. Hari cuti kot, peluang untuk rehatkan badan yang dah penat seminggu berusaha. Katil sebelah dah kosong, bagus tol dia ni bangun awal, tapi pujian aq sia sia, beliau sedang terbaring dekat sofa depan. Terus dia bangun bile aq keluar..

Mungkin nak kawal macho?

So beliau pon aq abaikan, dgn kepala yang agk pening, mesti la kne basuh mukakan. "Woi air takde laaa", jerit roommate dari belakang. Manusia pernah sifat ingin tahu dan tak reti bahasa, jadi aq pusing pili paip air tu..

Dan

Takde pape yang keluar, hanya aq dgn igauan ngeri tak mandi lagi sejak semalam pagi.. Mungkin tidur yang lena dapat buat kita lupa kejap psal masalah yang berlaku kot.. Sejak semalam takde air kat area shah alam ni, katanye ade tumpahan minyak kat sungai selangor, tu la pasal loji air kne tutup. Tapi entah, hanya bersumber kan rakan, maklum la dah lame tak tgk tvkan.. Sadisnye hidup ok lol. Persoalannye tak mandi tak masalah, mungkin sedikit bau tapi aq kne basuh baju sebab ade event esok dan semua stok baju dah habis.. orang kata jangan bazir air jadi aq basuh baju seminggu sekali je dan bila dah bertimbun lol. so tak kire apepon berlaku

MESTI BASUH BAJU

Ade beberapa pilihan, pertama basuh kat surau kolej, sebab ade tangki air kat situ atau kedua pegi kolej cendana, kata sorang rakan kat sane, air masih laju mencurah kat sane, teori aq mungkin cendana  asrama baru so dia mesti ade tangki besar utk hadapi masalah camnikan. Stick to plan A, Aq pon kemas baju utk gi surau memberus, tapi bila keluar blik je, terserempak jiran yang tgh naik tangga, 

"Hang ni pi mana"
"Basuh baju kat surau ni"
"Ayak kat surau dah kering, aq dpat cuci mata je tadi"
"................ Pagi tadi adekan?"
"Memang la tapi lepas tu senpai dah ramai2 mandi kat situ sampai air habis"

Dengan hampanye aq angkat balik baldi masuk blik... Plan B, Yup jom pegi Kolej cendana.

Pon Pon Pon Pon

Yang kat atas ni sound effect lol. Dengan bag yang agk berat dgn baju, ku redahi kesibukan kota, Mydin dan Giant penuh dgn orang, semuanye memikul bnde yang same.

Kotak Air

Mungkin dgn berita mungkin 3 hari takde air, jadi semua pon mula bersedia untuk 3 hari yang taihen ni...

"Bang, nak pegi cendana bole"

Diam je pak cik teksi ni, buat mcm aq ni tiang lampu yg penuh dgn iklan along tu. Pak Cik senyum la, have some manner even semalam gado dengan mini k, your live depend on me and us, your customer.
Tgk inpression aq kat pak cik teksi dah merudum..

"Pak cik nak g cendana boleh? Seksyen 8"
"Ohh itu sebelah flat k?"
"Errr mungkin?"
"Boleh2,masuk2"

Dengan agak leganye, aq pon masuk dlam teksi waja berwarna merah, bukannye ape, cme tu je teksi yang tinggal, tak sanggup menunggu kat situ dengan muka tak mandi..

"Itu kolej cendana dekat dgn itu balai pos ke?"

aq tak tahu pon ade ke tak

"Aah, kot"
"Hari ni takde airkan?"
" Yayayaya tadi saya pagi mandi buka itu air ada, saya tak tau pon takde air, rumah saya flat ada tangki atas jadi ade air, nasib baik sudah mandi.."
"Oh semua area shah alam takde air k?"
"Ya la, tadi pagi saya pegi itu mamak minum itu teh tarik, dia bagi cawan plastik sama saya, saya cakap:

WOI GILER KE?

itu pekerja ckap, hari ni takde air la bang, terpaksa gune cawan plastik untuk jiimat air, itu macam saya pon malu sikit la hahaha"
"Oh kedai mamak gune cawan plastik?"
"Yayaya, lepas tu kawan saya cakap you tak baca surat khabar ka, ada tumpahan minyak masuk itu hulu sungai selangor, jadi perlu tutup loji"
"Aah ada juga dengar, susah la macam ni'
"Ya la, tapi saya fikir itu minyakkan, macam mana boleh itu tumpah?, Kalau macam laut, kapal laut bocor itu minyak masuk la, laut sangat besar. Itu sungai manyak kecik, ape macam boleh tumpah?. Saya fikir itu orang punye buat"

Atas ape yang aq dengar minyak tu tumpah sebab ade accident, tapi entah la layan je teori pak cik teksi india ni

"Mungkin laa.. saya skrg nak pergi rumah kawan, dia kata tempat ade air lagi"

Pak cik tu pon tengok bag aq yang berisi baju tu, tersenyum beliau

"Mau pegi mandi la haha ok la"

Banyak jugak aq berbual dengan pak cik tu, macam2 tanye. So impression dah berubah, tak semua orang sombong. Orang tua2 kata;

Jangan kerana roti telur tak sedap, terus cakap kedai mamak tu tak best

Bila sampai kt rumah member ni, gembira giler bila tgk air laju mencurah bagai memerli aq yang lama dah tak mandi. Adakah tak mandi boleh buatkan seseorang jadi sensitif? lol.

Tepat 6.30 ptg, aq menunggu  teksi depan pagar Kolej Cendana, lepas berterima kasih dan bersyukur dengan talian hayat ni.. Kawasan cendana tu memang tenang.. lama jugak aq tunggu kat situ, sempat pusing2 siap ambil gambar lagi lol. Dlam kebosanan tu muncul kucing berwarna kelabu. Mungkin kucing parsi dengan bulu dia melebat tu, ade kesan luka. Ni kucing skrg nak tunjuk macho punye pasal sanggup gado rebut makwe. Pinang la lek lok anak dara orang tu kan.


Gambar yang sempat amek hari tu.. epic semacamkan?


Time aq tgh belai kucing tu, teksi pon muncul dari jauh, lega jugak, hari dah nak gelap time tu

"Cantik kucing tadi tu? ni nak g syeksyen 18 kan?"
"Aah, kolej cemara"
"Ok.. Tadi tu kucing liar situ ke?"
"Aah, tadi mase tunggu dia datang"
"Pak cik dulu ade kucing, Hilang"
"Hilang? kenape pulak?"
"Orang ambil la tu, elok je selalu dlam rumah, memang la dia ade keluar tapi selalunye dia mesti balik. Pak cik dah letak rantai leher kat kucing tu, tapi hilang jugak"
"Orang skrang memang kot, comel main amek je"
"Tu la, kucing tu tahu rumah dia, tuan dia"
"Dulu pernah sekali kena tangkap dengan MBSA, tapi pak cik dah pegi tebus dia, kena bayar la"
"Eh? kene tangkap?"
"Kat Shah Alam ni memang, kalau ade aduan je, memang satu syeksen tu MBSA pusing cari kucing, mane jumpa dia sauk je"
"Oh saya kat Johor takde la camtu"
"Sini lain, biasa la kucing berak sepah2, orang aduan ni la jadi. Dlu mase tebus, terus berlari dia masuk pintu kereta, duduk diam je. Sampai rumah terus berlari dia keluar. Mini pak cik mandikan dia, lepas tu pandai dia pegi berjemur. Dan siap makan tertido atas sofa, atas sofa tu. Tgk dia kenal tuan dia"
"Errr..."

Agak terdiam jugak dengar cite pak cik ni, simpati ade annoying pon ade. Kesian la kucing hilangkan haha


Hmm, Konklusi?

Bila kita hilang sesuatu yang berharga dalam hidup kita,baru kita sedar kehilangan dia.. Contohnye aq ni air takde baru sedar nikmat air.. Dan walaupun agak susah tak air, tapi banyak jugak hikmahnye, macam2 jadi, macam2 aq dgr. Sempat juga melawat Kolej Cendana semua tu.. 

Dengar lagu ni yek:

Never Knew I Needed
Neyo

'You are my best thing i never knew, i needed..'