Sunday, April 20, 2014

Senpai

Assalamualaikum! akhirnya aq kembali ke sini selepas malas melanda, tangguh2 je nak update. Hmm hari ni hari ke-13 semester 3 yg baru bermula lepas habis cuti semester sebulan hari tu. Cuti sem? sesuatu yg dinantikan tapi bila dilalui susah nak isi selain dari:


MAKAN TIDO MAKAN TIDO MAKAN TIDO MAKAN TIDO

Tapi dalam makan tido ada la gak terselit sedikit aktiviti yg diharapkan berfaedah. Sebagai contoh, menonton televisyen, tak berfaedah? hmm sebenarnye aq rindu nak tgk tv, dah berbulan tv bagai bulan purnama, di cari dan di nanti tapi kadang kala tertido bila dia berlaku. Sepanjang cuti hari tu memang padat dgn berita dan cerita tentang MH370 yg sampai sekarang masih misteri. Pendapat logik aq kata diorang dah takde kalau bergantung pada data, tapi manusia masih mengharap yang ada manusia yang melakukan kesilapan, mcm salah kira dan kapal terbang tu tak berakhir di lautan hindi tapi disesuatu tempat yang lain. Dan kita kembali kepada ketentuanNya, dia tahu yg terbaik untuk kita.

Hmm cuti tu jugak sempat aq tengok banyak filem yang tertangguh tangguh nak tgk, majoriti filem dari barat yang budaya diorang memang teruk. Tapi ada la gak sket yg boleh di ambil pengajaran. Jadi tengok hanya sebagai pengajaran dan cara untuk tambah pengetahuan mahupun mengasah kemahiran mendengar, tapi rasanya cite Frozen paling best aq tgk hari tu, terutama tang dia nyanyi "Let it go~~ let it go~~" masa tgh naik jambatan ais, style2.

Kucing! elemen yang patut ada dalam dunia manusia. Kehidupan di bandar memaksa kucing memerlukan manusia untuk terus hidup. Sebab kalau fikir logik, dulu sebelum manusia ramai di bandar, kucing boleh hidup dalam hutan, makan cengkerik ke ayam hutan ke kan tapi sekarang lepas semua kucing berhijrah ke kawasan manusia tinggal dah terdidik untuk makan nasi, ayam serta kari sebagai penambah perisa hmm. Kadang2 aq rasa aq ade jenis kucing idaman, nak yg mcm tu mcm ni kan tapi bila kita dah selalu jumpa kucing kita kenal dia, bagi makan, kena gigit dan akhirnye, hmm dia cool, sedap dipeluk. Mungkin kita boleh kaitkan dgn manusia? yang selalu menilai dengan rupa? Hati? :0




Kucing belakang rumah, selalu kene tangkap dgn umpan bagi makan haha

Dan akhirnye keluarga, Plkn serta lepas dah sambung belajar ni memang jarang nak jumpa diorang. Ditambah lagi dgn ego dan kedekut nak telefon rumah lol. Adik2 yg kecik selalunye amat bising, terutama tang diorang main 'rancangan nyanyian' di mana masing2 kena nyanyi, memang bising tahap nak baling bantal. Tu tak dikira time berebut nak tgk tv, main air masa acah2 nak basuh pinggan ataupun aq rembat coklat diorang time dalam peti sejuk. Tapi kebisingan diorang akan dirindui bila diorang takde kat rumah. Manusia memang susah bersyukur ish2.

Bulan 3 jugak buat aq terkenang tentang SPM dan Plkn, syabas dan tahniah buat batch junior SMKTUN utk kecemerlangan hari tu. Harap ada la kan sorang dua datang masuk Intec ni, kesian aq dgn bang haiqal je. Time last2 cuti, ada terdetik di hati nak kemas bilik, rajin aq ni. Bila mengemas, fuhh banyak khazanah di jumpai, salah satu nya komik doraemon yang aq kumpul masa zaman sekolah rendah. Baca komik doraemon ni macam ramalan tentang cite doraemon kat tv NTV7 kol 7.30, sebab cerita tu berdasarkan dari komik jadi kadang2 bosan aq gak tgk dah tau ending. 


Komik no.1 dan no.45, yang pertama dan terakhir!

Topi time plkn!


YEAHHH! (gambar diambil dari fb je nih lol)

Time kemas tu jugak aq ade jumpa beret yg gaya cam askar tu, walaupun aq tak sempat nak baling beret tu time majlis penutupan sebab terpaksa keluar awal, tapi hmm kenangan tu tetap ada.. 

SENPAI

Terbangnya senior KTJ05 ke Jepun dan bermulalah kehidupan mereka disana, bukan main lawa dan syok lagi diorang post gambar kat fb, terutama masa musim bunga. Tu tak dikira lagi diorang dapat beli ipong, takpe syafiq sabak sabak sabak.

Senior tinggal kenangan kat Intec ni, Sekarang giliran kami KTJ06 untuk meneruskan perjuangan yang baru bermula sem 3 hari tu. Tinggal 8 bulan untuk peperiksaan Monkasho. Awal sem memang cabarannya besar, belajar teori dan term sains dalam bahasa yang kami sendiri tak berapa faham. Tapi terlalu awal untuk berputus asa dan melupakan impian malah angan2.

Dah sejauh ni kita berjalan, berhenti dan lupakan kesusahan dulu untuk sampai ke sini?

Kata2 hanya gula dalam teh, tanpa mengacau air tu ia tetap tawar. Jadi saya menasihat kan diri saya sendiri untuk mula berusaha. Usaha ada halangan, malas sebagai contoh tapi kita boleh lawan, jangan cepat terima nafsu nak tido, bantah dia sket, anda ada kuasa veto. Niat tu jugak penting, mungkin terlalu banyak fikir nak pegi jepun, kita cuma niat belajar untuk survive kat intec lepas tu terbang. Tapi apa sebenarnya tujuan hidup kita? lahir, pegi sekolah, masuk universiti, kahwin, kerja, masuk rumah org tua dan mati? hanya tu?

Dan jawapannya kita hidup untuk beribadat pada Allah. Ibadat bukan sekadar hanya duduk diatas sejadah tapi menuntut ilmu juga satu ibadat. Amanah kita sebagai manusia sebagai khalifah di muka bumi ni kan, untuk memakmurkannya. jadi cuba niat belajar sebagai ibadat. Dan ibadat perlu sentiasa istiqomah, bukan pada sekadar masa kita susah baru teringat untuk menadah tangan, tapi setiap masa tanpa rasa jemu. Begitu juga belajar, study bukan pada masa esok nak exam je, tapi sepanjang masa, sebab tu sebahagian daripada tujuan untuk kita hidup.

Haa, penat dah. Apepon terima kasih kerana sanggup baca sampai ke sini, bosan an gua merepek haha. Apepon sem baru ni aq kat kelas Niji yang bermaksud pelangi. Yamada sensei kata pelangi ni bagai jalan untuk ke jepun, sebelah hujung pelangi di Malaysia dan sebelah lagi di Jepun, cuma tinggal kami untuk memanjat pelangi dan turun mengelongsor ke jepun weee~~


Ni bukan gambar kelas Niji tapi Hoshi tapi boleh laa