Sunday, June 8, 2014

Gunung Ledang

“Radi cuti ni bosan tak?”

“Kenapa?”

“Jom panjat pegi Muo panjat gunung ledang”

“Boleh jugak tu”

Dan bermula dari situ, rancangan daki gunung ledang bermula, dari hasut orang suruh join sekaki hingga deal harga dgn pak cik guider. Masa terlalu pantas dan kaki masih terasa lenguh lepas  berjaya daki gunung tu kelmarin.

Oh, Assalamualaikum! Lama dah tak menaip ni, maklumlah ketandusan idea serta kemalasan satu sinonim yg sebati dalam diri cewah. Apepon aq dah kembali MUAHAHA. Dan kali ni, Tentang Gunung Ledang.

Pertama kali anda mendengarnya, pasti hang tuah serta puteri gunung ledang terbit di minda. Mungkin jika anda peminat teater wajah M.Nasir akan naik. Sebab dia pernah berlakon jadi hang tuah haha. Mungkin jika anda rakyat Johor atau sekitar kawasan selatan semananjung, anda ada mendengar tentang lagenda dan kisah2 pelik cam puteri bunian, nenek kebaya yg gunung ledang jadi port diorg. Dan jika anda lemah dalam subjek Geografi semasa sekolah menengah, soalan ni akan muncul:

“Gunung ledang kat mana ek?”

“kedah kot”


Baiklah selamat datang ke Johor.

Gunung ledang terletak dalam kawasan negeri johor, dalam daerah ledang. Cerita rakyat ada menyebut, sultan Melaka ada nak try pinang puteri gunung ledang. Mungkin sebab tu ada sesetngah anggap ia terletak kat Melaka.

Sebenarnya aq tak pakar ni bab sejarah, geografi.. So mari kita cerita pasal mendaki gunung ledang je la haha. Cuti mid sem untuk semester 3 yg lepas ni, kami dah berjaya tawan gunung ledang. Hmm tahniah buat kami.

Sedikit kajian di internet ada berkata tentang bahaya dan tak senang untuk daki gunung ni. ada kes mati dan kecederaan semua. Menurut internet jugak Gunung ledang adalah yg ke6 tersusah untuk didaki dalam Malaysia dengan ketinggian puncak 1276m dari paras laut. Selain tu bnyak kisah misteri yang menimpa pengunjung kat sana. Tapi aq seganja tak nak baca kat internet semua kisah tu dan nak cuba rasai sendiri.

Hari Khamis.

Itulah dia harapan kami. Mengharap hari tu cerah, sesuai untuk mendaki. Kalau hujan habis la rancangan 2 minggu sia sia macam tu je. Tapi manusia hanya mampu merancang, malam sebelum mendaki rahmat dengan luasnya mencurah. Dengan rasa hampa, pagi khamis kami tetap gak bergerak ke gunung ledang, katanya dapat mandi air terjun pon jadi laa.



Matahari!

Bila kereta semakin hampir dgn kawasan ledang, matahari mula menyelinap masuk, dan alhamdulilah memang beliau tak acah2 sorok belakang awan hitam hujan sebaliknya terus menyinar. Mewarna langit dan hati kami yang dah kecewa tak dpt daki gunung haha.

Ada beberapa langkah sebelum mendaki gunung ledang ni, pertama mesti buat tempahan awal, kedua mesti ada guider untuk daki dimana diwajibkan. Dan paling penting jgn lupa pegi tandas sebelum mula mendaki. Serius2.





8.30 pagi dan pendakian dimulakan, kalau ikut maklumat dari guider, 10 jam diperlukan untuk naik dan turun. Tapi tu sebenarnya bergantung pada kemampuan seseorang jugak. Semuanya ada 8 check point. Lebih kurang 30 minit awal akan guna tangga selebihnya lumpur dan batuan. Trek rasmi ni akan uji stamina serta limit kaki anda. Memang memenatkan, tapi perlahan2 boleh2. Jangan cepat putus asa!


Berehat sebentar merendam kaki yg lenguh hmm

Dalam pertengahan perjalanan, hujan renyai mula turun, tapi guider kitorang ni terus maju kehadapan, selagi tak lebat dan takde petir takpe katanya.


Sampai di checkpoint bernama Laluan K.F.C yang bermaksud killing fitness center. Bukan yang jual ayam tu haha. Dekat sini ada curam yang perlu dipanjat dengan tangga ke atas dengan bantuan tali. Akar2 pokok disekeliling situ banyak beri bantuan untuk naik keatas.




Seterusnya checkpoint yang bernama gua kambing. Kat sini pendaki perlu memanjat mengunakan tangga melalui gua. Ada 2,3 gua kecil yang perlu di lalui. Antara setiap gua memang tinggi beza dia, sedikit kesilapan boleh terhantuk pada batu dan dikafankan.



Menunggu giliran, juga mungkin tak percaya kena naik benda tu haha


Sungguh bergaya, kita tunggu dia cramp nanti haha


Gambar yang blur, cis

Dan selepas tu kita ada checkpoint bernama, Batu Hampar. Seperti namanya jugak, ada batu yang besar dan perlu naik keatas melalui batu tu. Time tu hujan, so batu tu licin, dan satunya2 yang membantu untuk naik ke atas cuma tali. Cukup bahaya. 


Pandangan dari bawah


dan dari atas


Kegembiraan melepasi halangan. Oh dan guider kami, Abang Zul

Namun kegembiraan gambar diatas tak bertahan lama, masih ada part ke-2 untuk checkpoint Batu Hampar ni. Kali ni tangan mula letih, dan batu ni lebih terdedah dengan hujan, bermakna lebih licin.


Separuh pertama


Dan separuh yg ke-2, ini yang paling panjang dan curam. Salah sorang dari kami sempat cramp bila dah separuh panjat, so bahaya, serius2


Di checkpoint bernama Taman Bonsai, tapi nanti dulu sini belum puncak, ada lagi ==


Dan bahagian akhir sebelum sampai ke puncak, kali ni pendakian hampir vertical, memang memanjat ke atas. Ada 6 tangga sebelum betul2 sampai ke puncak


2 tangga pertama, dan memang betul2 menegak yeahhh



Sampai keatas dan tiba di tempat bernam Anjung Mahligai yang penuh dengan ulat bulu. Lebih kurang jam 1.30 petang time tu dan cukup2 5 jam pendakian penuh risiko dalam hujan. Di kawasan ni jugak suhu memang rendah. mungkin 15 - 16 Celsius.


Dan nasib kami kurang baik, cuaca hujan buat kawasan puncak berkabus. Menurut Abang Zul, pemandangan memang cantik kalau cuaca baik, siap dapat lihat kepulauan sumatera kot. tapi nak buat camne kan hmm.


Puncak!


Sebenarnya Anjung Mahligai ni dan puncak gunung ledang ni berjiran je, macam kita beraya, cuma perlu singgah ke sebelah menaiki tangga. Tapi takde duit raya :/


Tahniah2!


Jika anda terkena gigit dek ulat bulu, gunakan rambut yg kering pada tempat tu nanti elok. Ni petua dari abang Zul yg dah berjaya mendaki semua gunung di Malaysia. Hebat beliau ni.


Dari puncak ni


Berehat sebentar MUAHAHA

Setengah jam lepas tu kami mula bergerak turun, tapi mengunakan trek yg lagi satu, kat sini curam tetap curam tapi tak sebahaya trek masa naik  tadi. cuma panjang dan memenatkan.

Sebagai konklusi, semakin tinggi, semakin besar halangan dan risiko. Aq sarankan korang betul2 fit dan sihat untuk daki Gunung Ledang ni, sediakan kasut yang sesuai. Walaupun aq berjaya daki guna kasut futsal je tapi ada beberapa kali tergenlincir, dan Alhamdulilah selamat. Bercakap tentang alat keselamatan, takde langsung. Cuma ada guider yang boleh bantu. Guider cukup terlatih dan bersedia dengan First Aid kit. Mungkin sebab tu guider di wajibkan dan syarat bagi pendaki agak ketat hmm.

Dan walau tak lalu semua halangan tu pon, curam ada banyak dalam sepanjang perjalanan. Memandangkan tekanan udara akan semakin rendah bila kita berada dalam latitude yg semakin tinggi, jadi pening dan rasa tak selesa akan timbul. Meninggi kan lagi risiko tergolek.


Tak dekat camne nak daki :/


Dengan semua bahaya tu, terbayar rasanya bila dapat lihat alam semulajadi yang menghijau, air sungai jernih mengalir, juga cuaca nyaman disebabkan mendungnya awan. Terasa macam masih ada harapan untuk bumi terus hidup tak ditelan dek pencemaran.



Cuaca mula baik bila kami dah separuh perjalanan turun, takde rezeki hmm


Dan Alhamdulilah, tepat jam 5.15 petang kami sampai ke bawah. Bermakna cuma 8 jam 45 minit masa keseluruhan dari 10 jam masa target. perghh.


Wajah gembira, kaki cramp serta seluar yang koyak haha


Kaki Lenguh!

Dan dengan itu trip 2 hari ke Muar serta Gunung Ledang berakhir. Sebenarnya masih banyak yg kita boleh jelajah dalam negara sendiri, mahupun negeri sendiri. Sibuk nak p luak negara, tanya gunung ledang kat mana tau tak susah gak haha.

Juga jutaan terima kasih pada keluarga Haziq yg sediakan tempat tinggal dan makanan dgn ikhlasnya. Terima kasih!

Juga pada Waim yang terpaksa jadi abang drebar sepanjang 2 hari ni, sori waim fon.. T.T

Mungkin cuma 1/9 dari keluarga KTJ06 yg join trip kali ni tapi memang satu peluang untuk lebih kenal satu sama lain. Korek rahsia zaman sekolah dan sebagainya. Semoga ukhwah terus kuat! YEAHHH

Kehijauan Gunung Ledang tetap dicemari dengan sampah yang merata di puncak gunung. Mungkin kita perlu lebih rasa kesedaran, tanggungjawab? Segan nanti bila pelancong luar tgk hmm.

Dan beberapa hari lagi bermula penggal 2 semester 3, Oh selamat datang kepada KTJ07!  Kurang 6 bulan untuk ke Monkasho exam, masa kembali kepada buku la kita ye rakan2 haha.


Tinggi gunung kami daki
Tinggi lagi awan menanti
Biar hujan renyai menuruni
Tetap kami daki sepenuh hati


Puncak tak selalu indah seperti yang kita impikan :)