Tuesday, December 31, 2013

2013 Memories

Assalamualaikum, lama dah tak menaip ni. Atas kesibukan kehidupan seharian malah kemalasan untuk bercerita, baru hari ni terasa nak mendengar ketak ketuk keyboard ni, haihh rindu pulak. Dalam 2 3 bulan ni macam2 berlaku, itu dan ini dan Alhamdulilah masih bernafas untuk teruskan perjuangan yeaa!.

So back to da topic, kehidupan ni singkat je, banyak lagi yang perlu ditempuhi. Sebab semua terlalu pantas dan sifat manusia cepat lupa, banyak yang kita dah lalui senang, susah, sedih, gembira, tawar, suam2, kurang garam dilupakan atau terlupa. So sebelum aq terlupa meh aq catatkan sikit apa yang berlaku in da year called 2013!

Kedai Roti Arab

Habis Spm, gundah gulana tentang apa yang dah di jawab time exam masih menghantui, di kala mengosok gigi malah mengelap tingkap.. biasa la tu, semua orang camtukan, 1 2 minggu lepas exam la katakan, Alhamdulilah saya normal. Remaja ketika itu, selalunya fikir tentang kerja, lesen memandu dan plkn. Dan tanpa gagal memang tu yang aq lalui. So awal tahun ni, secara spontan nya ada try bekerja dekat sebuah kedai roti arab. Walaupun roti arab tapi owner orang iran. Diorang ni Bi tak berapa nak fasih mahukan pula Bm. Tapi perlahan2 boleh la jugak aq belajak buat roti tu, dan berjaya menahan ketawa mendengar pengunaan English mereka.

Banyak yang aq dah belajak terutama cara buat roti secara besar besaran di mana hampir ratusan keping dihasilkan setiap hari, dari buat doh sampai packing. Biasa la kedai baru, pekerja kena rajin, buat semua proses tapi gaji kecik hmmm. Walaupun gaji kecik tapi boss serius sangat baik, katakan sekeping roti tersalah buat, dah sengget dia rugi, tapi dia tak kesah, "Its okayy" katanya dalam slang iran. Paling best dapat roti free hari2. Selain tu, buat roti ni sangat memenatkan dan anda bekerja berhampiran dengan pembakar. So memang panas malah menguji kesabaran. Sabak2.

Di celah peluh membakar roti, sempat jugak aq ambil ujian memandu. 2013 menyaksikan aq sebagai pemandu yang sah yeaa. Ujian memandu, bila pandang "Adoi senang je tu, nenek aq pejam mata boleh buat". Sekali aq sendiri yang test ye fail haha. Keep your expectation high, always ready! Bawak kereta ni best but yeah the risk, Memandu la dengan selamat ye adik2 malah akak2 abang2!

Pertengahan 2013 kecoh dengan isu syiah, cek tak cukup ilmu nak cakap pasal tu.. Tapi pendapat aq la, bahaya gak syiah ni kan. Back to da story, boss bin owner kedai roti tu merupakan warga Iran. Iran sudah terang lagi bersuluh mereka syiah. Isu ni tak pernah berbangkit masa aq kerja kat sana, dan bagi aq diorang sama macam kita, ada keluarga, anak. Dan tak pernah rasa terancam kerja kat sana. What im trying to say is, different faith but still we can live together happily ever after, not harming each other. Keep your faith, and respect others. Really hope those rules apply on some middle east country now hmm..

Dah jadi pembakar roti, sempat berkhidmat sebagai kerani kecil kecilan, kerjanya cuma key in data, duduk bawah aircond, menaip setiap hari. Sesuatu yang sangat lain dengan jadi pembakar roti. walaupon sekejap tapi kat sini aq belajak kita kerja depan komputer jangan buka fb je, menganggu anda bekerja. Nasib baik time tu takde Twitter lagi. Alhamdulilah.

Bila kita rasa sendiri susah nak cari duit, baru kita lebih hargainye kan. Tapi aq dapat gaji beli jugak benda bukan2 lol

SPM Keluar!

Hmm part ni best, kalau ikotkan aq tak pernah cakap aq nak A lurus tapi dalam hati serius aq nak. Dan Allah dengar. Biasa la aq sekolah menengah harian, pelajar A lurus amat rare, macam nak makan sate kijang. Hari tu tak boleh berhenti senyum agaknya. Paling penting dapat buat keluarga bahagia, kan, mak tak pernah mintak nak bape A, tapi aq tau dia gembira. Sangat bersyukur..

Sesetengah keluarga letak terlalu tinggi expectation pada anak diorang. Bagus jugak paksa2 ni. Baru malas dapat di atasi. Tapi kalau terlalu memaksa, cuma tekanan yang anak2 anda dapat. Dan hasilnye, anda marah, dan anak anda sedih. Biarlah mereka rasa ikhlas nak capai kecemerlangan tu, be pushy but bersopan santun!

PLKN

Tak lama lepas tu, haihh aq kne berkhidmat untuk negara pulak. Cerita yang panjang lebar tu ada kat post sebelum ni, rajin baca lah yek. Hmm tapi sebenarnya, jangka masa aq dalam plkn tu la temuduga, nak isi borang tu ni untuk apply macam2 tengah hangat berlaku. Jadi terpaksa ulang alik plkn, pegi temuduga pastu balik plkn balik.

Bulan kedua plkn, banyak keputusan kemasukan universiti dah keluar. Dan ada la 2 3 aq dapat.. time tu memang pening nak pilih mana. Ye la dalam plkn, mak takde, kawan takde so memang bergantung pada diri sendiri, mencari satu jawapan. Pelatih yang sama dorm dengan aq tau la time tu, aq gundah gulana je pikir psal masa depan.

Satu malam, dlam pukul 1 pagi camtu, aq berbual dengan jiran katil sebelah, Ah Tan nama dia, berasal dari Kluang. So aq cite la kat dia pasal nak masuk2 ni. Tapi dia tanya aq balik, kenapa mohon banyak2, mohon satu saje ok la.

Dan jawapannye sudah terang lagi bersuluh, kita tak tau dapat ke tak, so try je la apply semua kan.

Tapi kata beliau, "kenapa tak apply yang betul2 you rasa dapat dan you nak, bila you apply semua, you pegi satu je kan. Bukan you sudah sekat itu peluang orang lain?"

Hmm, terdiam jap. Betul jugak. Kadang2 kita terlalu tamak, tak fikir orang lain. Kita yang result Alhamdulilah, mesti fikir, nak masuk universiti mana ek?

Tapi

Yang result kurang sket, diorang cuma fikir, dpat tak aq masuk universiti?

Pendapat aq, rezeki kita masing2, selagi boleh cuba kita cuba. selagi boleh mohon kita mohon. So no definite answer from me hmmm

PLKN banyak mengajar erti kehidupan, rakan dan sebagainye. Dapat jumpa ramai orang, banyak kerenah dan kat situ pengalaman boleh ditimpa. Walaupun kejap je sebab banyak cuti masa kat plkn tapi yeaah 2 bulan yang berbaloi. Kalau duduk rumah pon makan tidoq je la kot.

NIHON!

Hari tu hari ke 5 k 6 gitu la kuar plkn, dan time tu memang dah buat keputusan untuk masuk terima satu tawaran ni. Ikot surat tu, september baru start. So 3 bulan untuk bermanja di rumah. Masa tu jugak semua keputusan temuduga dan universiti dah keluar. Kecewa jugak tak dapat jadi warga UM tapi takpo la ek takde rezeki. Maka tinggal keputusan untuk biasiswa under Jpa. Kalau ikot rank ni yang paling aq nak, tapi ni yang paling mustahil nk dapat.. So petang tu, dah boleh check keputusan. lepas tekan butang check, pejam mata, buka mata eh dapat lol. Gembira yang teramat.

Perasaan dia macam kau ada crush masa darjah 1, tak berani nak cakap dgn dia sampai satu hari dia dah jadi mini hang, pastu dia cakap "Saya dari darjah 1 nak suka kat awak, tapi segan nak ckaq". haihh, metafora melampau ni tapi macam tu la hahaha

Bila tgk tarikh, Isnin depan kene melapor. Dari mood lepak2 terus kemas2, nak isi borang yang banyak lagi, setem sehelai 10 hengget la. Dan tup tap tup tap. Dah 6 bulan aq bergelar pelajar Intec.

Hmm lepas aq taip balik semua yang berlaku tahun ni, naik rasa syukur, banyak nikmat dah dapat, macam2 orang aq jumpa. post ni lebih kepada catatan tahunan untuk aq sendiri. Sejarah yang lalu terutama dari pengalaman, jadikan kita lebih yakin untuk melangkah kehadapan, tapi tak lupa asal usul diri.


Bila kita ada impian, dan impian tu jadi kenyataan.

cerita dongeng untuk sesetengah orang.

Alhamdulilah :)