Saturday, June 29, 2013

Intec no Gakusei!

Assalamualikum, jadi aku kembali ke blog aku yang menghijau ni untuk buat satu post lagi iaitu INTEC. Apa jadahnya intec ni? ok 4 minggu lepas aq pon tak tahu, tak pernah dengar pon tapi sekarang aku dh jadi salah sorang pelajar kat sini. Ok intec ni sebuah ipts di mana pelajar2 yang akan study aboard akan buat persediaan kat sini, majoriti adalah daripada golongan pelajar yg dapat biasiswa.. Ada macam2 program kat sini macam KTJ, PSJ , AUSMAT.. Bergantung kepada negara yg akan diorang pegi.

Alhamdulilah hingga hari ni aku dah sebulan bergelar pelajar Intec dibawah program KTJ.. Macam mana agaknya hidup kat sini?


Selamat Datang!


Ok KTJ adalah singkatan untuk Kumpulan Teknikal Jepun. Jadi destinasi kami, InsyaAllah, Jepun. Dah name pon teknikal so kami akan lanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. 

Hari pertama sebagai pelajar intec, agenda pertama adalah urusan pendaftaran, selepas tu senpai akan tunjukkan  bilik. Time ni la sedih2 nak berpisah dengan keluarga hehe. Lepas tu sudah tentu ada MDS iaitu minggu destinasi siswa aka orentasi yg diuruskan sepenuhnya oleh para senpai. Arigatou gozaimas senpai!



Dalam perbicangan untuk buat persembahan akhir MDS!


Macam mana ek rumah kedua nanti?

Ok para pelajar intec akan ditempatkan di Kolej Cemara, Akasia dan Cendana. Keadaan kat sini okay sangat alhamdulilah. Perabot yang ada memang cukup kalau korang seorang pelajar tapi tv dan peti sejuk takda la haha. Bagi aku cukup selesa.



Pemandagan dari Kolej Cemara no rumah aq, time ni jerebu sedang melanda dengan ipu 297!

Kemudahan memang banyak kat sini. Bagi yang kolej cemara dan akasia, korang cuma perlu jalan kaki je untuk ke restoran, bank, giant, kedai kasut even mydin!

Tentang makanan korang jangan risau, ada banyak restoran kat sini: restoran mamak, restoran melayu, mcd dan kfc! Pilih je ikut selera korang. Lama2 korang akan tahu sendiri nak cari restoran yang murah dan sedap.. perlukan kesabaran dan banyak research haha.

Untuk ke kampus, perkhidmatan bas disediakan, so jangan risau!

Ok, macam mana pulak dalam kelas? KTJ ni program jepunkan, so dah tentu la kena belajar bahasa jepun ataupun orang jepon panggil nihongo.Pembelajaran kat sini adalah dalam kelas, ye takde kuliah haha! , aku rasa cari ni lebih berkesan sebab banyak direct approarch dan sensei *lecturer adalah dari jepun. Aku rasa ni la salah satu kelebihan KTJ.. kat sini korang akan belajar nihongo, kimia, math, fizik, english dan islamic studies. Minggu pertama akan ada kana test, dimana dia akan uji tulisan jepun yang korang baru belajar. Setiap hari akan ada ujian Atarashi kotoba (perkataan baru) dan Kanji. Kalau fail test ni, korang perlu ambil muichido tesuto ( test ulangan ).



Keadaan dlam kelas aku, kelas hayate!


Bagaimana perasaan kami selepas sebulan bergelar pelajar KTJ?



Roommate aku yang sedang menghafal untuk test esok harinya ( yeke dia hafal ke.. )

Sebelum aku masuk sini, ada juga kerisauan, macam mana nanti.. dah la tak ada sebarang basic jepun... tapi jangan risau, korang akan belajar daripada asas. Cuma, sangat cepat dan padat. Jadi kesabaran dan kesungguhan adalah sangat penting! Orang kata kita kalau dah suka seseorang, kita akan terima dia seadanya. Begitu la juga dengan belajar, bila korang minat, InsyaAllah passion akan datang... Kalau korang bercita cita untuk belajar di Jepun maka korang perlu prepare mental dan fizikal. Tension, tak cukup tidur, penat, kami dah mula sebati dengannya.. Sebab tu orang Jepun maju, gempa bumi, kene bom atom dulu dan even tsunami. Diorang tetap bangkit. Malas tak wujud dalam diari orang Jepun...

Takeda Sensei pernah cakap ( dalam bahasa melayu beb! ):

Orang Malas Tak Ada Duit.


Ini mungkin salah satu cara senpai hilangkan tension haha

Jadi sampai disini dulu bebelan aku untuk pengalaman sebulan ni, ada 18 bulan lagi sebelum kaki aku ni dpat jejak ke tanah Jepun, Amin..  Aku harap post ni akan jadi semangat pada korang untuk belajar sungguh sungguh. Serius aku pernah mimpi nak belajar kat Jepun tapi tak pernah mimpi sampai dia jadi kenyataan. Rezeki di mana2!



18 comments:

  1. thanks for the input

    ReplyDelete
  2. Peraturan asrama mcm mana ? I mean peraturan keluar masuk tempat penginapan tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. - tak boleh bawa masuk kereta ke dalam, kecuali nak angkut barang
      - orang luar tak boleh masuk
      - untuk cemara curfew start 11.30 mlm sampai 5.00 pagi tak boleh keluar masuk.

      tu ke aku ingat haha

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Sebelum masuk ke intec. Apa prosedur yang awak lalui? Awak ada interview? If saya nak study di korea dibawah tajaan jpa or mara (means bukan self sponsored la) saya kene apply bila? Saya akan menduduki SPM dua tahun lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup saya ada ditemuduga, biasanya permohanan dibuka selepas keputusan spm dikeluarkan. Jadi buat masa ni fokus la pada pelajaran dan bina keyakinan diri untuk temuduga nanti, goodluck!

      Delete
  5. Salam. If saya nak apply untuk program ni and saya dah pergi interview jpa. Tapi interview tu tak lepas. So mcm mana ya? Adakah saya perlu prepare awal awal untuk apply universiti yg lain sebagai persediaan awal takut takut interview jpa tak lepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, sepatutnya begitu, persaingan sengit untuk rebut biasiswa yg tempatnya terhad. Jangan putus asa masih ada jalan yang lain inshaAllah

      Delete
  6. salam,program ke jepun di intec ada tak yang self sponsord? me n my parents ada dtg intec few days ago,at first dah discuss pasal japan ni,and then bile nk buat online,program tu tak de dlm program yg I nak apply,so i blank skrg ni,and i dah bayar 30 di bank islam..thakyou very much on your time reading my message and i hope you balaslah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Yes there is few from my batch which is self sponsored. I don't know about the details but try to contact the administration directly. Wishing that this is helpful and hopefully will be seeing you here in Japan few years from now anonymous!

      Delete
  7. asslamkum, kena refresh balik x subjek masa spm mcm fizik addmath tu? n satu lagi
    bantal tu kena bawa ka? ada dalam list utk barangan

    ReplyDelete
  8. Walaikumsalam, program apa ya? Tapi Kalau engineering, semua subjek tu memang core jadi perlu untuk refresh balik. Bantal ada je tapi untuk selesa bawa la sendiri

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum bang,i) saya tgk dlm entry requirement ke korean programme kena ada minimum ability dlm bahasa inggeris so intec ni ambik tk keputusan spm klau nk masuk
    ii)klau guna self sponsor untuk masuk intec ni bleh ke

    ReplyDelete