Monday, December 12, 2016

Mochikaeri

Hampir berbulan mungkin setahun sejak kali terakhir aku menapak muka diblog ni. Masa berlalu membawa luruh pergi. Meninggalkan pokok ketogelan untuk menghadapi musim sejuk. Dan aku mungkin sama atau tak berubah langsung;tak mampu nak menilai sendiri. Yang pasti semangat waktu kali pertama menaip post pertama blog ni dah tak sama seperti sekarang. Mungkin persekitaran. mungkin kesan berpisah lama dari keluarga dan mungkin putus cinta. Eh. Yang pasti cara aku melihat esok dah tak sama seperti dulu. Kalau dulu esok penuh debaran, dan setiap detik menanti esok perlu dimanfaatkan dengan usaha dan doa. Tapi sekarang esok hanya membawa erti cuti semakin hampir, mula muak menulis laporan atau resah memikirkan masa depan.

Tinggi lagi?

Kalau dulu aku merasa diri aku seperti burung yang cuba terbang. Mustahil. Itu yang pertama terbayang dari seorang pelajar sekolah biasa di pinggir bandar. Tak pernah dibuat orang, kata tipikal masyarakat melayu. Tapi ada  juga yang berkata "Kau perlu bersyukur dilahirkan sebagai burung, lahir untuk terbang memenuhi awan. Ramai lagi spesis yang tak mampu buat apa yang kau buat. Dekat sini je kau nak berhenti?".

Kita berhenti disini beranggapan dia dah pun boleh terbang. Alhamdulilah. Hampir 2 tahun dinegara orang. Kalau dulu ada tanggapan itu ini pada masyarkat setempat disini sekarang lebih banyak terbuka mata, tersedar dihati dan tersentuh di buku lali. Dan mungkin bukan aku saja yang terbuka mata. Mereka pun mula belajar dimana Malaysia di peta dunia. Terlalu kecil katanya.

 Dan soalan yang terlalu cliché jika hidup di negara seperti ini sebagai seorang pelajar luar negara ialah:

Kenapa ye dok nak mai belajak kat Jepun ni? (orang jepun ada loghat jugak kot)

Maka keluarlah jawapan tipikal aku:

kita dok kagum tengok negara  mung maju, nak belajak sikit ilmu genering ni bawak balik Malaysia.
(satu kesopanan untuk membalas jawapan seseorang dalam bahasa dia yang dia tanya )

Sejujurnya tak tersenarai dalam impian aku untuk duk belajar jauh-jauh ni. Mungkin kurang pendedahan dulu. Pemikiran terlalu sempit di tempat yang sama. Mana taknya hari-hari tengok Tv3. Tapi bila tuhan dah susun jalan aku sampai ke sini, aku rasa yang aku perlu bawa balik sesuatu.

Tahun ni sempat aku buat latihan industri di sebuah kilang milik Jepun di Malaysia. Ye cik kak di Malaysia. Habisnya cuti musim panas dulu dikilang cermin mata. Maka sempatlah berkenalan dengan ramai staf disana. 2 minggu disana dah boleh buat aku faham pelbagai ragam dan politik tempat berkerja. Lebih2 lagi sebagai seorang yang mampu memahami 3 bahasa. Satu pihak berpendapat sesuatu tapi tak pernah cuba beritahu satu pihak yang lain. Alasannya kekakangan bahasa dan perbezaan pangkat. Macam talam dua muka aku jadinya.

Banyak yang aku belajar disana. Tentang bezanya dunia pekerjaan dan belajar. Juga kelemahan pada mereka yang bekerja disana. Hanya tahu prosedur tanpa mengetahui sebab disebaliknya. Mungkin juga sikap sambil lewa pekerja bangsa kita. Segan bila manager berbangsa Jepun bercerita tentang itu pada satu makan malam bersama pekerja berbangsa Jepun lain( Aku pun terselit sama). Diucapkan dalam bahasa ibundanya tapi dia tahu yang aku mampu faham apa yang dia cuba dia katakan. Mungkin sindiran atau satu nasihat tak langsung buat aku dimasa depan.

Satu perbualan bersama supervisor yang cukup lama berkhidmat di kilang tu buat aku terfikir sesuatu: "Semua orang boleh dapat ijazah sekarang, apa yang kita belajar di universiti dulu mungkin 10%-20% je berguna bila bekerja tapi bila ada sijil tu orang percaya la kat kita yang kita boleh buat kerja tu".

Aku serahkan pada korang untuk menilai ayat tu (Sebenarnya berkaitan dengan agenda seterusnya).

Berbalik pada persoalan tentang 'Aku rasa aku perlu bawa balik sesuatu' tadi, Jauh kita dah sampai menggunakan duit cukai rakyat. Cukup sekadar ala kadar membawa ijazah balik?. Yup betul lulus setiap ujian adalah  KEWAJIBAN untuk terus menyambung pengajian di sini. Dan tak senang sebenarnya untuk survive (serius gais) . Kerja keras. kerja keras. Itu je la yang kita perlu buat dan harus buat.

Dan bawalah balik sesuatu dari sini, pernah seorang kawan aku cerita yang dia belajar satu seni mempertahankan diri jepun untuk bawa balik sesuatu dari Jepun. Ayat itu sebenarnya yang aku terasa nak menaip hampir sejam post ni padahal banyak je assaignment tak buat lagi.

Aku sendiri tercari apa yang mungkin aku mampu bawa pulang selain dari sehelai sijil sewaktu selesai pengajian nanti(inshaAllah). Mungkin bahasa. mungkin budaya. mungkin juga menantu untuk Mak di Malaysia. Pernah juga terfikir tentang kesukaran mereka untuk berkomunikasi atau keluhan dia tentang panasnya Malaysia atau kenapa babi merupakan perkataan yang menghina di Malaysia. Berbeza di Jepun dimana itu adalah makanan ruji mereka. Realiti gais. lul.





No comments:

Post a Comment