Showing posts with label scholarship. Show all posts
Showing posts with label scholarship. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

Biasiswa Aku Datang! Jpa Dan Mara!



This post was posted years back, there are possibility of change in criteria and method apply in the interview. Don't be too relying on it and just believe in yourself :D

and some link(s) maybe dead

Assalamualaikum semua! ok kali ni aq nak cite pasal biasiswa. Normally org akan bace post ni bile time result spm kuar, so aku dari batch 0812 ucapkan tahniah kat korg yg result gempak2 tu, bagi yg kurang sikit, jgn risau, rezeki ada kt mana2.

Mesti korang tak tau mcm mne nk mohonkan? ok korang bleh check kat website ni http://afterschool.my/scholarship/ . Biasanya permohonan akan dibuka lepas result spm keluar, antara pertengahan march hingga april. So peka dan jgn sampai terlepas sbb kadang2 diorg akan buka untuk seminggu je. Masa korang isi permohonan pulak, pastikan korang serius terutama bahagian bidang n negara. Jangan menyesal nanti..

Macam mane nak buat permohonan korang berjaya? firstly dah tentu la result spm, mesti gempak tapi tak semestinya bila A berbaris korang konfem dapat. Ada yang result diorg gempak (taraf biasa2 macam aku lol) dpt biasiswa while yg gempak giler (7 A+ ke atas) tak dapat pon.

Yup, kokokurikulum memainkan peranan, jadi jangan la fokus pada study je, libatkan diri dalam kelab atau organisasi sekolah. Tak ada masa sebab nak belajar? Jadi Pengawas selalu busy nanti terpaksa skip kelas? Tu semua alasan je, libatkan diri dan cari pengalaman!

Dari pengalaman aku, ramai je yang dari sekolah harian biasa dapat biasiswa ke luar negara (termasuk dalam kes aku). Ramai berkata (mak aku la kot) nak senang dapat biasiswa masuk SBP. Tapi tak semestinya. Jadi anda dari sekolah harian jangan rasa rendah diri, kagayaite~

Kalau permohonan berjaya, pihak penaja akan inform biasanya gune internet utk panggilan temuduga. Diorg akan tentukan tempat dan masa temuduga.

Ok, interview ni macam mana ek?

1. Mara

Ok sebelum tu, Mara antara penaja yang tawarkan biasiswa untuk banyak bidang, kat bwah ni aku sertakan senarai untuk tahun 2013, memang banyak n jangan sampai slah masukkan kod program!

Interview mara, dlam surat panggilan temuduga dia tulis "Sila berpakaian formal aka kemeja tie dan bawa pensil dan pemadam" pakai baju formal tu biasa la tapi pensil dan pemadam?. persoalan tu terjawab bila aq dh smpai kat tempat temuduga. Ramai time tu, kitorang perlu daftar nama dan serah dokumen sebelum masuk ke dalam dewan perperiksaan. Yea korang tak slah bace, dewan perperiksaan. 'interview' mara ni sebenarnya 1 ujian bertulis, aku tak tau nama dia tapi orang kata tu IQ test. Macam mana soalan dia? ok ada 100 soalan objektif dan 1 soalan essay, masa menjawab semua sejam. Soalan objektif consist of 50 soalan dlam bm dan 50 lagi dlam english. Soalan dia ada mudah, susah sikit dan susah giler. skop soalan ialah logik, akhlak n math. Soalan essay pulak korang perlu tulis essay dlam english, kurang daripada 50 perkataan. Time tu soalan dia 'Where do you see yourself in 5 years?' senangkan? haha tapi korang perlu pandai rancang masa. soalan banyak tapi masa singkat.

Keputusan pulak diumumkan di internet, sekali lagi korang perlu peka dan rajin2 check... dan Alhamdulilah....



Senarai Program Mara: Senarai 2013

1. JPA

Ok bagi korang yang confuse tu, JPA-MARA dan JPA adalah dua penaja yang berbeza walaupun nama dekat2. Tapi dua dua interview guna cara yang sama, aku mohon JPA untuk Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis, German. Klau korang perasaan, program ni hantar pelajar ke negara yang bukan mengunakan english, which mean korang perlu belajar 3rd language which quiet harsh.. 

Ok interview JPA,kitorang kne bahagikan dlam kumpulan, 7-8 orang dan temuduga terdiri daripada 3 bahagian:

1. Perbincangan kumpulan dalam Bahasa Melayu: korang akan diberikan satu isu dan korang perlu bincangkan dlam kumpulan. Kemudian korang perlu bentangkan pada penemuduga, last sekali ada sesi soal jawab. Interviewers akan lihat je korang, macam mane korang berinteraksi dan idea yang korang lontarkan. So JANGAN passive, cuba untuk libatkan diri, pastikan korang respect each other, maksud aq jangan potong cakap org, lebih baik korang saling protect each other, kalau kawan tak blank, bagi hint sikit. betol korang perlu compete untuk dapatkan biasiswa. Tapi korang sedang bekerja dlam kumpulan, so show some teamwork!

antara topik (pengalaman sendiri dan tanya para rakan):
-macam mana nak atasi gejala buli?
-macam mana nak atasi masalah jerebu?
-macam mana nak atasi masalah muflis?

2. Group disccusion in English: so its basically same as the above interview but in English. Here are some of the topics:
- How can ( tokoh; Lee Chong Wei, Muzaffar Syukur ) can create sense of belonging towards Malaysia among teenagers

3. Temuduga dalam kumpulan: ok yang ni best, korang akan di interview oleh dua orang interviewers. Perlu jawab dalam english atau bm bergantung kepada soalan penemuduga, jika dia dalam bm so dalam bm la jawapannya. Antara soalan time temduga aku:

-Boleh tak tolong perkenalkan diri?

-Boleh tak berikan kejuruteraan apa yang kamu mahu ambil dan kenapa anda pilih negara tersebut?

-Boleh tak ceritakan pengalaman yang paling anda tak boleh lupakan?

-Imagine you are now graduated from a university in Germany and you are offer a job offer from a multinational company which you will earn  lot of money. Will you accept the offer or go back to work in Malaysia? give your reason.

-Do you think campaign organize buy goverment
to reduce smokers are working? give your reason.

sesi temuduga ni lebih kurang sejam, setiap ahli dalam kumpulan perlu jawab mengikut giliran, bagi yang 1st jawab untung la sebab dia dah cop dulu jawapan tapi yang penting ialah mesti luahkan padangan korang, jangan tipu diri sendiri dan cakap je yang jujur.

Untuk persediaan, sebelum hari temuduga, banyakkan baca surat khabar sebab soalan biasanya berkenaan isu semasa. Dan cuba buat jawapan untuk soalan yang mungkin akan ditanya. Pernah kawan aku cakap penemuduga tu dengan selambanya bertanya: "Awak ada boyfriend tak?

Lepas selesai temuduga ada ahli kumpulan aq tanya macam mana nak berjaya dalam temuduga pada interviewer tu (berani betul beliau). Jawapan interviewer tu ialah: Just be Yourself

Hint: soalan tentang german tu aku sorang je jawab akan kerja kat german, why?  lu pikir la sendiri haha.





Alhamdulilah T.T

Alhamdulilah... Dua2 biasawa dekat atas aku dapat, satu ke Jepun, satu ke Australia. So if you are in my shoes, which one will you choose? pertama sekali minat korang, cari minat tu! kedua peluang pekerjaan, fikir la jauh jauh jauh.. masa depan korang jugak. kalau korang masih tak pasti, Solat Isthikarah, InsyaAllah Allah akan tunjukkan yang terbaik buat kita.

Kalau korang dah cuba sedaya upaya tapi tak dapat, redha la dengan perancangan Dia yg pasti jauh lebih baik dari apa yang kita impikan..

*Ada banyak lagi biasiswa selain dua ni, tapi ini je yang mampu aku kongsi. Do ask if you need to know anything!

*Jangan lupa lihat post terbaru blog ini untuk perkembangan terbaru!*