Sunday, July 10, 2016
GoPro
Video kompilasi hampir setahun setengah dari beberapa travel sekitar Jepun dan Korea yang diambil dari Gopro. Kebanyakan scene dalam video ni diambil secara spontan. Bermakna gelagat mereka ni dihabitat asli mereka. Ada beberapa typo dan salah coordinate tapi biarlah haha.
Terima kasih pada semua yang menyumbang untuk video ni (kebanyakan masa gambar diambil oleh orang lain bukan aku).
*Anda boleh matikan lagu selingan blog dengan menekan butang pause di sebelah kiri bawah jika ia mengganggu anda ketika menonton video ini*
Labels:
backpacker,
Biasiswa jpa,
fukui,
fukui kousen,
gopro,
japan,
jepun,
jpa scholarship,
ktj,
ktj06,
kumpulan teknikal jepon,
muslim in japan,
student oversea,
study in japan,
tashirojima,
travel,
福井高専
Tuesday, July 5, 2016
Raya
29 Ramadhan. Hari dimana dicorong radio mula berkumandang lagu raya. Sesetengah dengan rentak gembira, ada juga yang sayu membalut hati. Di dapur ada yang berusaha menyiapkan makanan tahunan. Tak lengkap katanya kalau tiada makanan tersebut di pagi raya. Jika anda duduk di suatu ruang rumah, suara kanak2 bermain riang atau orang2 dewasa berseloroh mungkin kedengaran. Sambil termenung terbayang jadual hari esok yang padat dari pagi ke malam. Patut bertandang ke rumah siapa dahulu atau patut mencuba kuih yang mana satu. Dalam lamunan itu tiba2 ada suara memanggil nama anda, argh, ini mesti suruh tolong itu ini. Dengan malas anda bangun, tersenyum mengenang keadaan sekeliling.
Tahun ini perasaan raya yang ideal tersebut tiada. Terdengar perlahan bahagian korus lagu bertajuk kosong oleh Najwa Latif berkumandang di hati. Suasana. Itu yang berbeza sejak dua tahun di negara orang ini. Pelik kalau malam raya masyarakat Jepun membakar lemang atau bertakbir raya beramai-ramai pada saat ini. Realitinya hari terasa biasa dengan kelas dan assignment saling berganti. Daun masih hijau tergantung di pokok dan kelas esok bermula jam 9pagi.
Sejujurnya setiap tahun perasaan sedih pasti akan hadir. Terkenang rutin yang selalu dilakukan pada tarikh yang sama setiap tahun. Post ini tak bertujuan sebagai keluhan mahupun cara untuk menyampaikan kesedihan dalam ego yang tinggi. Tapi lebih kepada cara menambah post sebab lama tak tulis apa2 dekat sini. Maaf jika ada yang ternanti sesuatu yang baru dari blog ni. Kemalasan atau ketandusan idea. Tak tahu aku nak salahkan mana satu.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin! (2016/5/7 9.06pm Fukui, Jepun)
Sunday, June 28, 2015
新しい世界
New World !!
機械工学科3年
シャフィック
「うちの近くの大学に進学するなら、楽に家へ帰れるかな」と思いながら高校2年生(マレーシアの高校は5年生)の時にSPM(Sijil
Pelajaran Malaysia)の試験を一生懸命に頑張っていた。SPMというのはマレーシアの高校生によって一番大事な試験だ。いい大学に入りたいならいい点数を取らなければならない。10分で自宅へ帰れる大学は、トップクラスの大学であるため、僕は無理だとずっと思っていた。
その話から3年間経ち5年生になった時、ずっと憧れていた大学に進学しないで、僕は高専に進学した。でも、高専は前の高校と比べて全然違う。景色とか文化が異なって皆がわからない言葉で話している。家に帰りたいなら一日中歩いても着かない。毎日自分で料理を作らなければならない。
しかし、僕はこの他とは違う高専に入ったことには全然後悔がない。また神様にずっと感謝をしている。正直、留学することが出来たのは僕にとって奇跡だ。小さい頃から「桜が見たいな」と願いがあったが、国の代表として日本の高専に留学するとは思っていなかった。
日本語はまだまだおかしくて、専門の科目が時々わからないけれども、この機会を無駄にせずに立派なエンジニアを目指して頑張りたいと思う。
Monday, April 27, 2015
Langkah Pertama
ようこそ春へ
Ok konbawa atau selamat petang. Alhamdulilah hampir 3 minggu sejak pertama kali menjejak kaki di bumi Jepun. Bumi yang terkenal dengan budaya dan teknologinya. Mungkin juga terkenal dengan sushi atau tandas yang bersih. Jika anda sedikit otaku mungkin Hatsune Miku atau AKB48 yg anda fikirkan.
Lega dapat pijak tanah balik lepas 7 jam dalam flight, 2/4/15 8.00am Narita Airport, Japan
Dari KLIA ke Narita Airport kemudian dengan train ke tokyo eki dan kemudian dengan bullet train tukar lagi dengan special express ke Sabae eki, akhirnya ke Fukui Kousen.
Pintu depan Fukui Kousen
Kousen ni macam sekolah tinggi tapi specialize ke arah engineering, salah satu langkah Jepun untuk lahirkan ramai pekerja mahir seiring dengan kemajuan teknologi diorang. Ada banyak kousen di serata jepun. Dan disebabkan kousen yang aku masuk ini berada di Fukui Ken jadi bergelar Fukui kousen atau 福井工業高校専門学校. Dalam bidang Mechanical Engineering dan insyaAllah akan gradute 3 tahun lagi, kemudian 2 tahun lagi di universiti untuk ijazah.
Lepas Spm aku cuba apply biasiswa under JPA dan lepas tu di INTEC untuk program persediaan selama 2 tahun. Digelar KTJ atau Kumpulan Teknikal Jepun dan aku dari batch KTJ06.
Aku sendiri tak pernah mimpi sebenarnya nak jejak kaki dekat Jepun, terlalu mustahil untuk pelajar sekolah menengah harian biasa. Tapi dengan izin tuhan selangkah demi selangkah Dia susun sampai ke sini.
First Impression
"Indah khabar dari rupa" - peribahasa melayu yang bagi aku tak termasuk dalam kamus jepun.
Persekitaraan yang bersih, sungai yang jernih mengalir disebelah kilang dan train yang tepat pada masa. Semuanya betul. Mungkin juga masyarakat yang sopan dan menghormati orang lain. Sesuatu yang terbalik dari bumi sendiri.
Sekitar bandar Sabae dari Nishiyama Gyouen
Cuma pemikiran terlalu terbuka sampai tak ada had, bagus tapi bahaya. dengan kata lain yang kurang cuma agama.
Dari segi citarasa mungkin sangat berbeza, makanan disini lebih tawar dan kurang berperisa berbanding Malaysia. Selain tu perlu berhati2 dengan makanan, kalau nak beli apa2 baik check dulu kandungan dia ade ke tak babi. Tapi tak bermakna semua benda tak boleh makan kat Jepun ni contoh sushi yang dari ikan. Nak tak nak akhirnya kena masak sendiri senang dan murah haha.
Masih asing perkataan tersebut disini. Kalau anda bakal2 ke luar negara, bersedia la dengan ilmu bila orang Jepun tanya tentang Islam, contohnya kenapa perempuan pakai tudung, kenapa tak boleh makan babi, kenapa perlu solat 5 kali sehari. Jangan jadi macam aku blur nak jawab apa haha. Waktu solat pun agak berbeza disebabkan siang malam yang berubah jangka masa mengikut musim. Bila di musim sejuk ambil wuduk boleh buat anda terketar2 kesejukan haha. Semua tu cabaran bukan halangan. Kewajiban bukan pilihan. Peringatan untuk diri sendiri yang masih lemah dan leka.
Masih mentah lagi kat sini, tak jauh lagi berjalan, tak banyak yang aku boleh tulis, tulis tanpa pengalaman, macam fitnah jekan. mungkin bahasa jepun masih sangat lemah, berkomunisasi satu yang susah tapi hentam je la apa yang tahu, asal diorang faham sudah haha. Dalam kelas mungkin akan blur terus sensei cakap apa sejam tak faham atau buka buku teks dan tak boleh baca langsung. Tapi itulah yang perlu dihadapi hari demi hari.
The begining is always the hardest part
Mungkin dah sedikit terasa sunyi, jauh dari rumah dan kedai2 makan Malaysia. Betul, memang seronok dapat peluang melihat tempat orang. "Untung la dapat belajar oversea" ayat biasa yang didengar. Budaya dan pemikiran yang berbeza buat kita rasa ada yang perlu diperbaiki, dapat keluar dari zon selesa. Juga pemandangan yang indah, masih hijau dan terjaga kalau di Fukui ken ni. Tapi bila datang sebagai seorang pelajar semua tu cuma bonus, selebihnya perlu belajar kerana tuhan.
君は一人じゃ無い
(kimi wa hitori jaa nai)
You're not alone
cause
.
.
.
.
I'm taking your picture
lawak hambar, terima kasih untuk pelakon dalam gambar lol
Labels:
belajar,
biasiswa luar negara,
fukui,
intec,
jepun,
jpa scholarship,
kehidupan,
kejuruteraan,
kousen,
ktj,
mekanikal,
muslim in japan,
pelajar luar negara,
student oversea,
study in japan
Wednesday, March 11, 2015
Last Episode
Di suatu petang isnin, berjalan dua sahabat di lorong kecil penuh dek manusia, masing2 masih gagal mengesan selera, apa patut di isi perut malam ni. Tiba2 berkata seorang dari mereka:
Tapi cuti bukan pilihan..
cuma kemahuan (cuti sendiri)
Maka bermula intensive course selama 4 minggu sebelum sostugyou shiki (Majlis penutup)
Berkisah hati dengan komputer
Minggu awal bermula dengan kelas programming, Manabu sensei dari Kumamoto kousen datang dan mengajar asas programming selama 5 hari, sedikit tentang Microsoft excel dan kemudian c language.
Ke Bangi ke kita
Tiba2 ada geng Bangi mengajak untuk berjalan2 sekitar selangor, sempat melepak di rumah Choi (Hakim) yg tersergam indah (serius)
Mengenali Malaysia
Bila seruan kelas kembali, bermula waktu preparation untuk presentation Malaysia shoukai (Introduce Malaysia) secara berkumpulan dan bermusuhan, merebut untuk jadi wakil kelas. Walaupun berbunyi pelik (orang Malaysia perlu introduce pasal Malaysia pada orang Malaysia lain) tapi tujuannya untuk para pelajar KTJ06 yg bakal ke Jepun, sebab diorang (saya) perlu buat presentation ni dekat sana nanti (Adoi) .
Logik, Math, Hamper
Selepas tu berselit Quiz Math, pertandingan antara kelas merebut hadiah berupa hamper yg ada gula2. Sengit sebab antara kelas Niji, Sora, Tsuki mahupun Tsubasa kerana masing2 mempunyai ramai tensai (genius)
Ketakutan untuk bersuara
Kemudian kita ada pertandingan speech contest. Berkisar tentang speech yg memerlukan keyakinan, cepat berfikir dan petah berkata membuatkan ramai jatuh dalam kancah kemalasan, skip kelas berjemaah.. maaf Sensei sekalian dari kami (saya) yang tak datang hari tu..
Petang tu pula ke TV Al-Hijrah untuk rakaman program Cinta Ilmu dan aku tak join lol
Undoukai
Sukan! ya, aktiviti yang memerlukan badan bergerak mencapai kemenangan sebab tu nama event ni 運動会 , gabungan antara kelas junior dan senior untuk bersama2 bersukan.
クラス対決
Entah macam mana, kami (wakil kelas Niji) perlu bertanding untuk pertandingan antara kelas dalam Malaysia Shoukai Presentation. Lagi bertambah pelik bila menang (serius tak sangka). Orang kata rezeki jangan ditolak, inikan pula hamper.
Kita (aku la kot) perasan macam dah tahu sangat pasal budaya dekat yg ada dekat Malaysia ini tapi sebenarnya masih banyak yang tak tahu, sekadar tahu angpao sebagai ganti duit raya diwaktu tahun baru cina lalu mengaku sebagai rakyat Malaysia haha.
Origami!
sesuatu yang melibatkan kertas yang perlu dilipat, dan ia tetap skill yang menarik untuk dipelajari, dapat la nanti showoff sikit depan anak kan
Sukaneka
program gantian untuk lawatan sambil belajar yang tak dapat diteruskan, tapi tetap seronok, kadang2 perlu kurang serius, main sesuatu remeh temeh sekadar untuk gembira, tak penat ke menang selalu haha
Kem Ibadah
Untuk pelajar islam, mungkin ilmu dunia versi Jepun dah cukup (InshaAllah) tapi ilmu ketuhanan mungkin ada berlubang sikit di sana sini.. So itulah salah satu keperluan aktiviti mcm ni.
料理 (Masakan)
Mungkin antara aktiviti yg paling dinanti semua, kelas memasak haha. Salah satu yg sedih bila bercerita tentang nak belajar di negara orang sudah tentu makanan, 20 tahun hidup dgn roti canai, nasi goreng ayam mahupun milo ais tabur mesti terindu jugak2 benda2 macam ni. Jadi takde pilihan lain selain masak sendiri. Jadi macam kami (Aku) yang tak pandai masak ni, kelas ni paling dinanti, selain makanan tu sendiri untuk dimakan.
Setiap kumpulan diberi satu masakan untuk diorang hasilkan sendiri, semestinya dengan sedikit sentuhan Google dan bantuan nasihat Mak di rumah.
Membakar ayam ditepi pantai
Malam tu bergerak pula ke Port Dickson, katanya untuk berBBQ di tepi pantai, mulanya kedengaran terlalu sembang (acah2 je) tapi akhirnya menjadi, pantai di PD memang bersih, suatu yg menarik untuk berkunjung ke sana terutama dgn kawan.
BBQ bermula malam, atas dasar tak berapa reti nak bakar ayam maka lambat lah semuanya masak. Pantai masih tak sunyi walau dah tengah malam, ada yang berkeluarga dan ada yang menimbulkan syak wasangka haha.
tapi serius satu pengalaman yang baik, pemandangan yang baik serta udara yang baik. Cukup untuk buat kita lupa asap, kepanasan ruang bandar.
Pre Departure
Aku sendiri terkejut sebenarnya, banyak jugak aktiviti berlalu dan lalu lepas exam hari tu. Penat nak tulis semua..
Tapi itu salah sendiri, nak sangat tulis semua, entah ada ke tak orang baca panjang2 ni haha. Tapi terima kasih untuk anda yang dah sampai ke sini membaca.. Kita (Aku) mudah lupa, sebab tu mungkin kalau tulis semua ni sementara masih ingat akan beri makna untuk suatu masa nanti kan..
Masa terlalu cepat sebenarnya, dari hari pertama isi borang bilik cemara, berktm, berjemaah makan di mamak setiap malam , berfutsal sekali sekala dan selebihnya struggle di atas meja sendiri, merenung jadual esok, berharap2 hari cepat berlalu..
Sedar2 dah habis semua tu, tinggal menunggu masa untuk flight ke sana nanti, masing2 akan berpecah ke tempat masing2..
Dan ni memang episod terakhir untuk KTJ06, maksud aku episod di Malaysia, seterusnya InshaAllah di bumi sakura sana.
Satu yang perlu dibanggakan, ramai (ada la kot sorang dua atau aku sendiri sebenarnya haha) rasa yg kami (KTJ06) cukup baik ukhwahnya, serba serbi macam keluarga. Sebab akhirnya kita sendiri yg letakkan diri kita sebahagian dari keluarga tu atau tak..
Semoga setiap dari kami akan dapat hadapi segala cabaran yang akan dihadapi disana nanti, berjaya habiskan misi kami disana dan kembali sebagai seorang manusia yg berjaya, dunia dan akhirat, inshaAllah. Jika bukan sebagai seorang jurutera sekalipun cukup lah sebagai seorang suami, eh
色々なことを皆さが教えてくれて、本当にありがとうございます、ぜひ日本でまた会いしましょう!
"Wei esok dah Monkasho"
Hati mungkin bercampur baur, takut, cuak, gembira. Mungkin kerana hanya 3 hari ni, dgn mengisi beberapa kertas dalam masa beberapa jam akan menentukan masa depan, harapan dan impian.
Hari2 tu terus berlalu sehari demi sehari, sehelai demi sehelai diharungi dan Alhamdulilah akhirnya gembira. Tak perlu tinggalkan sesiapa. Betapa cerah hari tu.
Habis kertas akhir dalam Monkasho exam, semua gembira, semua pass la kot
~The End~
Tapi... ada extra episod mungkin? Haha, hari ni hari ke 23 sejak monkasho berakhir. Hampir 2 tahun di Intec tapi memang 2 tahun tu hanya banyak di kelas, hadapan buku atau memeluk bantal. Untuk bercerita secara adil aktiviti cam speech contest ke drama ke tapi bersukan, eksperimen, lawatan sambil belajar hanya mimpi tak kesampaian.

Habis exam besar, selepas melalui tekanan besar, usaha yg besar dan Alhamdulilah kejayaan yg besar, cuti paling diperlukan.
Tapi cuti bukan pilihan..
cuma kemahuan (cuti sendiri)
Maka bermula intensive course selama 4 minggu sebelum sostugyou shiki (Majlis penutup)
Berkisah hati dengan komputer
Minggu awal bermula dengan kelas programming, Manabu sensei dari Kumamoto kousen datang dan mengajar asas programming selama 5 hari, sedikit tentang Microsoft excel dan kemudian c language.
#include <stdio.h>
int main(void)
{ printf(" * \n");
printf(" *** \n");
printf("*****\n");
printf(" *** \n");
printf(" * \n");
return(0); }
Ni basic kot, maaf kalau korang dah pro tengok benda ni tergelak je, tapi ni je yang aku ingat lagi haha
Banyak sebenarnya yg kita rasa kita tahu tapi sebenarnya tak tahu langsung, contoh dalam kes belajar excel ni, zaman kecik2 dulu pelik tengok banyak sangat kotak haha. Kelas ni secara peribadi buat aku rasa science computer sebagai kurang menarik.. seharian depan komputer, cuba memanupulasi bahasa untuk bagi arahan pada komputer dan komputer apply arahan tu. Mungkin sebab aku suka benda yg lebih physical kot.Ke Bangi ke kita
Tiba2 ada geng Bangi mengajak untuk berjalan2 sekitar selangor, sempat melepak di rumah Choi (Hakim) yg tersergam indah (serius)
Penat betul berjalan ni
Mengenali Malaysia
Bila seruan kelas kembali, bermula waktu preparation untuk presentation Malaysia shoukai (Introduce Malaysia) secara berkumpulan dan bermusuhan, merebut untuk jadi wakil kelas. Walaupun berbunyi pelik (orang Malaysia perlu introduce pasal Malaysia pada orang Malaysia lain) tapi tujuannya untuk para pelajar KTJ06 yg bakal ke Jepun, sebab diorang (saya) perlu buat presentation ni dekat sana nanti (Adoi) .
Logik, Math, Hamper
Selepas tu berselit Quiz Math, pertandingan antara kelas merebut hadiah berupa hamper yg ada gula2. Sengit sebab antara kelas Niji, Sora, Tsuki mahupun Tsubasa kerana masing2 mempunyai ramai tensai (genius)
memang semua sedang memerah otak, terbukti dengan jumlah tangan yg di kepala
Ketakutan untuk bersuara
Kemudian kita ada pertandingan speech contest. Berkisar tentang speech yg memerlukan keyakinan, cepat berfikir dan petah berkata membuatkan ramai jatuh dalam kancah kemalasan, skip kelas berjemaah.. maaf Sensei sekalian dari kami (saya) yang tak datang hari tu..
Petang tu pula ke TV Al-Hijrah untuk rakaman program Cinta Ilmu dan aku tak join lol
Bukan selalu dapat masuk tv kan
Undoukai
Sukan! ya, aktiviti yang memerlukan badan bergerak mencapai kemenangan sebab tu nama event ni 運動会 , gabungan antara kelas junior dan senior untuk bersama2 bersukan.
Entah macam mana, kami (wakil kelas Niji) perlu bertanding untuk pertandingan antara kelas dalam Malaysia Shoukai Presentation. Lagi bertambah pelik bila menang (serius tak sangka). Orang kata rezeki jangan ditolak, inikan pula hamper.
Salah seorang geng Fukui, pandai masak orangnya
Kita (aku la kot) perasan macam dah tahu sangat pasal budaya dekat yg ada dekat Malaysia ini tapi sebenarnya masih banyak yang tak tahu, sekadar tahu angpao sebagai ganti duit raya diwaktu tahun baru cina lalu mengaku sebagai rakyat Malaysia haha.
Origami!
sesuatu yang melibatkan kertas yang perlu dilipat, dan ia tetap skill yang menarik untuk dipelajari, dapat la nanti showoff sikit depan anak kan
Encik katak bersama mak cik2 bangau melepak diatas karpet berbunga bunga
Sukaneka
program gantian untuk lawatan sambil belajar yang tak dapat diteruskan, tapi tetap seronok, kadang2 perlu kurang serius, main sesuatu remeh temeh sekadar untuk gembira, tak penat ke menang selalu haha
Tsuika! (tembikai)
Bulatan gembira
Untuk pelajar islam, mungkin ilmu dunia versi Jepun dah cukup (InshaAllah) tapi ilmu ketuhanan mungkin ada berlubang sikit di sana sini.. So itulah salah satu keperluan aktiviti mcm ni.
Minggu terakhir di Intec
料理 (Masakan)
Mungkin antara aktiviti yg paling dinanti semua, kelas memasak haha. Salah satu yg sedih bila bercerita tentang nak belajar di negara orang sudah tentu makanan, 20 tahun hidup dgn roti canai, nasi goreng ayam mahupun milo ais tabur mesti terindu jugak2 benda2 macam ni. Jadi takde pilihan lain selain masak sendiri. Jadi macam kami (Aku) yang tak pandai masak ni, kelas ni paling dinanti, selain makanan tu sendiri untuk dimakan.
Geng kuih ketayap
Tekun memasak tomyam
Setiap kumpulan diberi satu masakan untuk diorang hasilkan sendiri, semestinya dengan sedikit sentuhan Google dan bantuan nasihat Mak di rumah.
Membakar ayam ditepi pantai
Malam tu bergerak pula ke Port Dickson, katanya untuk berBBQ di tepi pantai, mulanya kedengaran terlalu sembang (acah2 je) tapi akhirnya menjadi, pantai di PD memang bersih, suatu yg menarik untuk berkunjung ke sana terutama dgn kawan.
"Hancurkan semua bangunan yg ada sampai kita boleh nampak garisan ufuk"
"Pegi pantai je la bos, sama je"
Team bakar ayam
tapi serius satu pengalaman yang baik, pemandangan yang baik serta udara yang baik. Cukup untuk buat kita lupa asap, kepanasan ruang bandar.
Dan akhirnya event terakhir
卒業式 (Graduation Ceremony)
Majlis untuk meraikan kami, KTJ06 yang Alhamdulilah berjaya habiskan program di Intec dengan jayanya (pass exam). Majlis ni cam kira penanda pada kejayaan untuk semua pelajar dan sensei juga tanda akhirnya kisah KTJ06 di Intec, dan seterusnya jauh di nun Jepun sana.
Testing the mic
Ada yang berpeluang untuk bawa ahli keluarga diorang ke majlis tu. Kalau kita jadi berkira, kedekut sangat, sesuatu mesti di balas dengan sesuatu. Tapi dalam kes balas jasa ibubapa salah satu yang hampir sama nilai untuk semua pergorbanan tu mungkin hanya dengan dapat tengok anaknya ambil sekeping fail dari seorang yg berjawatan besar di atas pentas, kemudian anaknya tersenyum memandang kamera. Secara logik aksi tu cuma kurang 5 minit tapi entah berbaloi bagi ibubapa yg dah jaga anak dia 20 tahun hmm.
Bagi aku ia cukup bermakna, dengan persembahan semua, makanan...
Mungkin berbaloi jugak susah payah 2 tahun bila berakhir dengan majlis macam tu haha
Ok ada lagi
F.U.H dan Pahang?
Tidak berniat untuk mengkritik tajuk di atas haha. F.U.H adalah singkatan untuk Fly Up High, program untuk para pelajar yg bakal ke Jepun oleh AMIR, sebuah NGO kat Malaysia ni. Program bersifat ilmiah dan perkongsian pengalaman dari abang senior yg dah lama belajar kat sana.
Program di Universiti Malaya, AAJ
selesai berprogram bergerak ke pahang untuk tengok perlawanan bolasepak antara Selangor dan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Aku ni nak kata peminat bola sepak boleh la jugak tapi boleh la sikit2. Sekali sekala patut juga rasa suasana stadium, tengok camna Ultras negeri ni bersorak untuk team diorang. Menariknya, 70% dari sepanjang perlawanan diorang akan ber'Chanting' sambil mengibar bendera negeri, penat kot, dah la jalan jauh dari negeri sendiri ke stadium di negeri lain
Pakai jersi Malaysia, kekal natural, pihak berkecuali
Stadium yg hampir fullhouse, abang2 polis dan asap rokok(flare sebenarnya haha)
Ada yang berkata, bolasepak macam tu boleh pupuk semangat kenegerian, mula benci orang negeri lain, jadi pentaksub pula. Tapi bagi aku tak salah, bergaduh sekalipun bila Harimau Malaya beraksi mewakili Malaysia diorang masih di bawah satu semangat yg sama. Mungkin perlu lebih sangka baik untuk maju?
Apapun aku rasa tengok dekat tv lagi best, boleh tengok dari banyak angle, lebih jelas, dibawah kipas.
Sebelum terowong di Lebuhraya Pantai Timur ke Karak
Sempat juga bermalam di rumah nenek ridhwan dan rumah Nawi, pelajar paling popular dalam KTJ06. Terima kasih..
Biro Tatanegara (BTN)
Sebelum ni cuma pernah dengar2 je, sebelum fly mesti kena pegi BTN ni. Ada juga ura2 berkata program ni doctrination pada pelajar ke arah kanan. Tapi pengalaman aku sendiri lalui program 5 hari 4 malam di Kem BTN Klia ni, ia lebih bersifat memberi pemahaman, fakta dari segi sejarah camna Tanah Melayu dan Malaysia boleh terbentuk.
Politik lebih dari sekadar isu itu dan ini, harga barang naik di sana dan harga minyak turun di sini, tapi keharmonian, bila seorang melayu boleh duduk sama2 dengan seorang berbangsa cina bergurau. Juga Pak Cik Abu membeli surat khabar di kedai Ah Tan lalu Ah Tan pergi ke kedai Muthu untuk memotong rambut.
Kaum yang berlainan boleh hidup bersama lebih 50 tahun.. sesuatu yang boleh dibanggakan bila cukup sekadar melihat ke negara di sekeliling kita, bergaduh dan merusuh. Keharmonian tu la kita kena pelihara.
Tapi jangan jadi pak turut, ikut je cakap satu pihak. Sebaiknya dengarlah semua pihak punya suara, cerita hidup kita berlainan dalam situasi yang berbeza. Boleh terpacu ke satu arah akibat tekanan..
BTN tak membentuk cara kita berfikir, cuma ada fakta yang kita perlu ada untuk berfikir. Selebihnya hak kita untuk menilai dan mentafsir di mana yang betul, salah.
Pre Departure
Ok yang ni betul2 last, satu majlis yg diadakan oleh JPA untuk bagi penerangan dan bekalan kewangan untuk para pelajar yang akan ke Jepun. Dari program AAJ, IBT dan semestinya KTJ disekalikan untuk sama2 menerima taklimat dan wang tunai..
Cemara
Intec dan kolej cemara sinonim yg hampir sama. Jadi 2 tahun banyak dilaburkan dekat situ. pernah sekali dua blackout, sebulan kena catuan air atau berbulan pintu rosak tak boleh kunci. Tapi kat situlah tempat berhempas pulas, bergembira atau sekadar tidur di katil yang mungkin patah.
Gembira mungkin dengan duit di sisi haha
Cemara
Abang Radi dan rakan2 baru pulang dari BTN
Intec dan kolej cemara sinonim yg hampir sama. Jadi 2 tahun banyak dilaburkan dekat situ. pernah sekali dua blackout, sebulan kena catuan air atau berbulan pintu rosak tak boleh kunci. Tapi kat situlah tempat berhempas pulas, bergembira atau sekadar tidur di katil yang mungkin patah.
Tak selalu langit biru..
meja dan gitar dan bantal
Mana ekor beliau?
Kalau ikut peraturan cemara sebenarnya tak boleh bela kucing ni, tapi atas dasar kehaiwanan (kemanusiaan versi haiwan), kitorang benarkan dia menumpang. Suatu hari bila tengok sekor anak kucing mengigil, berbau longkang dengan air muka yg kesian, kertas cadangan dibuka dan semua setuju nak sama2 jaga. Akhirnya berbulan berlalu, dari kecik sampai la besar.
Tapi akhirnya terpaksa ditinggalkan di cemara, nasib ada junior nak sambung bela
Suatu pagi, entah bila
Sedikit dari hati..
Aku sendiri terkejut sebenarnya, banyak jugak aktiviti berlalu dan lalu lepas exam hari tu. Penat nak tulis semua..
Tapi itu salah sendiri, nak sangat tulis semua, entah ada ke tak orang baca panjang2 ni haha. Tapi terima kasih untuk anda yang dah sampai ke sini membaca.. Kita (Aku) mudah lupa, sebab tu mungkin kalau tulis semua ni sementara masih ingat akan beri makna untuk suatu masa nanti kan..
Masa terlalu cepat sebenarnya, dari hari pertama isi borang bilik cemara, berktm, berjemaah makan di mamak setiap malam , berfutsal sekali sekala dan selebihnya struggle di atas meja sendiri, merenung jadual esok, berharap2 hari cepat berlalu..
Sedar2 dah habis semua tu, tinggal menunggu masa untuk flight ke sana nanti, masing2 akan berpecah ke tempat masing2..
Pecahan ke kosen masing2 serata Jepun
Dan ni memang episod terakhir untuk KTJ06, maksud aku episod di Malaysia, seterusnya InshaAllah di bumi sakura sana.
Satu yang perlu dibanggakan, ramai (ada la kot sorang dua atau aku sendiri sebenarnya haha) rasa yg kami (KTJ06) cukup baik ukhwahnya, serba serbi macam keluarga. Sebab akhirnya kita sendiri yg letakkan diri kita sebahagian dari keluarga tu atau tak..
Semoga setiap dari kami akan dapat hadapi segala cabaran yang akan dihadapi disana nanti, berjaya habiskan misi kami disana dan kembali sebagai seorang manusia yg berjaya, dunia dan akhirat, inshaAllah. Jika bukan sebagai seorang jurutera sekalipun cukup lah sebagai seorang suami, eh
色々なことを皆さが教えてくれて、本当にありがとうございます、ぜひ日本でまた会いしましょう!
#ktj06allfly
aku ada ke tak dalam gambar ni hmm
pictures credit by putri (sorry weh amek tak bagi tau pun hahaha)
Thursday, August 7, 2014
Sikit Lagi
3 pagi, ditemani malam sepi. nyaman dek hujan turun penuh erti. juga buku2 bertempiaran, menanti giliran untuk dibelai dibelek mencari erti isi. namun malas tetap maharaja, puas ditentang namun apakan daya, panglima cuti cukup gagah perkasa. menumpas hasrat sekelip mata.
Hari ni masih syawal, 11 syawal. masih sempat menjenguk sanak saudara, mencuba biskut raya mahupun mengisi sampul duit raya. kadang kala terdetik kenangan, mendengar takbir. sesuatu yang dulu kebiasaan kini kenangan. sesuatu yang dulu hanya daun2 kering menanti ditiup bayu, kini tinggal ranting penuh kaku.
Perlukah kenangan hidup bersama?
Hari2 biasa seorang pelajar berhasrat ke jepun. Cuma hari ni terlalu awal. Ah Ramadhan. Terlalu sinonim dengan sahur. Tapi ini bukan kali pertama, kali kedua bangun dikejut alarm dan rakan sebilik, juga bersahur apa yang ada.
Setahun lepas, dibulan Islam yang sama, diri asyik terfikir "tak sabak nak p jepun" dan ketika itu masih bergelut dengan asas2 bahasa. Semangat dan impian yang menyala. Mungkin kali pertama hidup sendiri, mengawal wang sendiri. Semua dirasakan baru. Tak sabar menanti esok, mengira detik tamat kursus persediaan luar negara.
Matlamat cukup jelas, lulus monkasho exam dan mulakan hidup sebagai pelajar luar negara. Semuanya seperti mimpi, terlalu indah.
Dan setahun berlalu, penuh cabaran suka duka. Ada yang kecundang, sedar nilai cita cita, lupakan peluang dan kejar impian. Dan ada yang putus asa, merasakan diri ada hala tuju sendiri yang perlu dicapai. Tapi aq masih disitu dengan impian yang sama. Cuma pengalaman berpesan:
Kita nak p belajar bukan melancong.
Untuk terbang, kita perlukan sayap - kata burung penuh sinis. Kalau macam tu bagi la aq pinjam sayap kau.
Dan realiti hidup tak semudah tu, kita kena usaha untuk bina sayap sendiri. sentiasa tak terlalu awal untuk bertakawal. Kadang kala usaha dirasakan cukup tapi sebenarnya hanya sandiwara menyedap hati. Sayap dibina disaat akhir. penuh cincai tekanan masa.
Tapi
cukup sekadar terbang? habis tenaga menghayun sayap jatuh mencium tanah? Mungkin ada kesilapan. Dimana awal tadi kita bermula. diwaktu membina sayap, ada ilmu disitu, menanti untuk diingat, difahami dan digunakan. semuanya terlalu banyak melimpah, mudah membuat sesiapa mengeluh. Tapi untuk terbang tetap diharungi penuh tabah, satu persatu. Namun selesai semuanya akhirnya dilupakan. kekal sia sia.
Jika burung terbang mencari rezeki, kenapa kita hanya sekadar untuk sampai ke destinasi? :)

Sunday, June 8, 2014
Gunung Ledang
“Radi cuti ni bosan tak?”
“Kenapa?”
“Jom panjat pegi Muo panjat gunung ledang”
“Boleh jugak tu”
Dan bermula dari situ, rancangan daki gunung ledang bermula,
dari hasut orang suruh join sekaki hingga deal harga dgn pak cik guider. Masa terlalu
pantas dan kaki masih terasa lenguh lepas
berjaya daki gunung tu kelmarin.
Oh, Assalamualaikum! Lama dah tak menaip ni, maklumlah
ketandusan idea serta kemalasan satu sinonim yg sebati dalam diri cewah. Apepon
aq dah kembali MUAHAHA. Dan kali ni, Tentang Gunung Ledang.
Pertama kali anda mendengarnya, pasti hang tuah serta puteri
gunung ledang terbit di minda. Mungkin jika anda peminat teater wajah M.Nasir
akan naik. Sebab dia pernah berlakon jadi hang tuah haha. Mungkin jika anda
rakyat Johor atau sekitar kawasan selatan semananjung, anda ada mendengar
tentang lagenda dan kisah2 pelik cam puteri bunian, nenek kebaya yg gunung
ledang jadi port diorg. Dan jika anda lemah dalam subjek Geografi semasa
sekolah menengah, soalan ni akan muncul:
“Gunung ledang kat mana ek?”
“kedah kot”
Baiklah selamat datang ke Johor.
Gunung ledang terletak dalam kawasan negeri johor, dalam
daerah ledang. Cerita rakyat ada menyebut, sultan Melaka ada nak try pinang
puteri gunung ledang. Mungkin sebab tu ada sesetngah anggap ia terletak kat
Melaka.
Sebenarnya aq tak pakar ni bab sejarah, geografi.. So mari
kita cerita pasal mendaki gunung ledang je la haha. Cuti mid sem untuk semester
3 yg lepas ni, kami dah berjaya tawan gunung ledang. Hmm tahniah buat kami.
Sedikit kajian di internet ada berkata tentang bahaya dan
tak senang untuk daki gunung ni. ada kes mati dan kecederaan semua. Menurut
internet jugak Gunung ledang adalah yg ke6 tersusah untuk didaki dalam Malaysia
dengan ketinggian puncak 1276m dari paras laut. Selain tu bnyak kisah misteri
yang menimpa pengunjung kat sana. Tapi aq seganja tak nak baca kat internet
semua kisah tu dan nak cuba rasai sendiri.
Hari Khamis.
Itulah dia harapan kami. Mengharap hari tu cerah, sesuai
untuk mendaki. Kalau hujan habis la rancangan 2 minggu sia sia macam tu je.
Tapi manusia hanya mampu merancang, malam sebelum mendaki rahmat dengan luasnya
mencurah. Dengan rasa hampa, pagi khamis kami tetap gak bergerak ke gunung
ledang, katanya dapat mandi air terjun pon jadi laa.
Bila kereta semakin hampir dgn kawasan ledang, matahari mula
menyelinap masuk, dan alhamdulilah memang beliau tak acah2 sorok belakang awan
hitam hujan sebaliknya terus menyinar. Mewarna langit dan hati kami yang dah
kecewa tak dpt daki gunung haha.
Ada beberapa langkah sebelum mendaki gunung ledang ni,
pertama mesti buat tempahan awal, kedua mesti ada guider untuk daki dimana
diwajibkan. Dan paling penting jgn lupa pegi tandas sebelum mula mendaki.
Serius2.
8.30 pagi dan pendakian dimulakan, kalau ikut maklumat dari
guider, 10 jam diperlukan untuk naik dan turun. Tapi tu sebenarnya bergantung
pada kemampuan seseorang jugak. Semuanya ada 8 check point. Lebih kurang 30
minit awal akan guna tangga selebihnya lumpur dan batuan. Trek rasmi ni akan
uji stamina serta limit kaki anda. Memang memenatkan, tapi perlahan2 boleh2.
Jangan cepat putus asa!
Dalam pertengahan perjalanan, hujan renyai mula turun, tapi guider kitorang ni terus maju kehadapan, selagi tak lebat dan takde petir takpe katanya.
Berehat sebentar merendam kaki yg lenguh hmm
Dalam pertengahan perjalanan, hujan renyai mula turun, tapi guider kitorang ni terus maju kehadapan, selagi tak lebat dan takde petir takpe katanya.
Sampai di checkpoint bernama Laluan K.F.C yang bermaksud killing fitness center. Bukan yang jual ayam tu haha. Dekat sini ada curam yang perlu dipanjat dengan tangga ke atas dengan bantuan tali. Akar2 pokok disekeliling situ banyak beri bantuan untuk naik keatas.
Seterusnya checkpoint yang bernama gua kambing. Kat sini pendaki perlu memanjat mengunakan tangga melalui gua. Ada 2,3 gua kecil yang perlu di lalui. Antara setiap gua memang tinggi beza dia, sedikit kesilapan boleh terhantuk pada batu dan dikafankan.
Menunggu giliran, juga mungkin tak percaya kena naik benda tu haha
Sungguh bergaya, kita tunggu dia cramp nanti haha
Gambar yang blur, cis
Dan selepas tu kita ada checkpoint bernama, Batu Hampar. Seperti namanya jugak, ada batu yang besar dan perlu naik keatas melalui batu tu. Time tu hujan, so batu tu licin, dan satunya2 yang membantu untuk naik ke atas cuma tali. Cukup bahaya.
Pandangan dari bawah
dan dari atas
Kegembiraan melepasi halangan. Oh dan guider kami, Abang Zul
Namun kegembiraan gambar diatas tak bertahan lama, masih ada part ke-2 untuk checkpoint Batu Hampar ni. Kali ni tangan mula letih, dan batu ni lebih terdedah dengan hujan, bermakna lebih licin.
Separuh pertama
Dan separuh yg ke-2, ini yang paling panjang dan curam. Salah sorang dari kami sempat cramp bila dah separuh panjat, so bahaya, serius2
Di checkpoint bernama Taman Bonsai, tapi nanti dulu sini belum puncak, ada lagi ==
Dan bahagian akhir sebelum sampai ke puncak, kali ni pendakian hampir vertical, memang memanjat ke atas. Ada 6 tangga sebelum betul2 sampai ke puncak
2 tangga pertama, dan memang betul2 menegak yeahhh
Sampai keatas dan tiba di tempat bernam Anjung Mahligai yang penuh dengan ulat bulu. Lebih kurang jam 1.30 petang time tu dan cukup2 5 jam pendakian penuh risiko dalam hujan. Di kawasan ni jugak suhu memang rendah. mungkin 15 - 16 Celsius.
Dan nasib kami kurang baik, cuaca hujan buat kawasan puncak berkabus. Menurut Abang Zul, pemandangan memang cantik kalau cuaca baik, siap dapat lihat kepulauan sumatera kot. tapi nak buat camne kan hmm.
Puncak!
Sebenarnya Anjung Mahligai ni dan puncak gunung ledang ni berjiran je, macam kita beraya, cuma perlu singgah ke sebelah menaiki tangga. Tapi takde duit raya :/
Tahniah2!
Jika anda terkena gigit dek ulat bulu, gunakan rambut yg kering pada tempat tu nanti elok. Ni petua dari abang Zul yg dah berjaya mendaki semua gunung di Malaysia. Hebat beliau ni.
Dari puncak ni
Berehat sebentar MUAHAHA
Setengah jam lepas tu kami mula bergerak turun, tapi mengunakan trek yg lagi satu, kat sini curam tetap curam tapi tak sebahaya trek masa naik tadi. cuma panjang dan memenatkan.
Sebagai konklusi, semakin tinggi, semakin besar halangan
dan risiko. Aq sarankan korang betul2 fit dan sihat untuk daki Gunung Ledang ni, sediakan kasut yang sesuai. Walaupun aq berjaya daki guna kasut futsal je tapi ada beberapa kali tergenlincir, dan Alhamdulilah selamat. Bercakap tentang alat keselamatan, takde langsung. Cuma ada guider yang boleh bantu. Guider cukup terlatih dan bersedia dengan First Aid kit. Mungkin sebab tu guider di wajibkan dan syarat bagi pendaki agak ketat hmm.
Dan walau tak lalu semua halangan tu pon, curam ada banyak
dalam sepanjang perjalanan. Memandangkan tekanan udara akan semakin rendah bila
kita berada dalam latitude yg semakin tinggi, jadi pening dan rasa tak
selesa akan timbul. Meninggi kan lagi risiko tergolek.
Tak dekat camne nak daki :/
Dengan semua bahaya tu, terbayar rasanya bila dapat
lihat alam semulajadi yang menghijau, air sungai jernih mengalir, juga cuaca
nyaman disebabkan mendungnya awan. Terasa macam masih ada harapan untuk bumi
terus hidup tak ditelan dek pencemaran.
Cuaca mula baik bila kami dah separuh perjalanan turun, takde rezeki hmm
Dan Alhamdulilah, tepat jam 5.15 petang kami sampai ke bawah. Bermakna cuma 8 jam 45 minit masa keseluruhan dari 10 jam masa target. perghh.
Wajah gembira, kaki cramp serta seluar yang koyak haha
Kaki Lenguh!
Dan dengan itu trip 2 hari ke Muar serta Gunung Ledang berakhir. Sebenarnya masih banyak yg kita boleh jelajah dalam negara sendiri, mahupun negeri sendiri. Sibuk nak p luak negara, tanya gunung ledang kat mana tau tak susah gak haha.
Juga jutaan terima kasih pada keluarga Haziq yg sediakan tempat tinggal dan makanan dgn ikhlasnya. Terima kasih!
Juga pada Waim yang terpaksa jadi abang drebar sepanjang 2 hari ni, sori waim fon.. T.T
Mungkin cuma 1/9 dari keluarga KTJ06 yg join trip kali ni tapi memang satu peluang untuk lebih kenal satu sama lain. Korek rahsia zaman sekolah dan sebagainya. Semoga ukhwah terus kuat! YEAHHH
Kehijauan Gunung Ledang tetap dicemari dengan sampah yang merata di puncak gunung. Mungkin kita perlu lebih rasa kesedaran, tanggungjawab? Segan nanti bila pelancong luar tgk hmm.
Dan beberapa hari lagi bermula penggal 2 semester 3, Oh selamat datang kepada KTJ07! Kurang 6 bulan untuk ke Monkasho exam, masa kembali kepada buku la kita ye rakan2 haha.
Tinggi gunung kami daki
Tinggi lagi awan menanti
Biar hujan renyai menuruni
Tetap kami daki sepenuh hati
Puncak tak selalu indah seperti yang kita impikan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)